Video: Tgh Leka Buai Anak, tak Sedar uIar Besar MeIuru Terjah Rumah nak S3rang

Kejadian makhluk reptilia, ular masuk atau terses4t ke dalam rumah penduduk bukan lagi perkara asing di mana-mana.

Boleh dikatakan ia sering dilaporkan berlaku secara tidak dijangka.

Apatah lagi jika melibatkan ular yang bersaiz besar serta berbahaya.

Banyak faktor yang menyebabkan haiwan tersebut berbuat demikian.

Antaranya yang dikenal pasti ialah mencari makanan, habitat terganggu dan sebagainya.

Kata orang tua-tua, apabila ular masuk ke rumah, jangan dibnuh terus.

Beri pesanan kepadanya tiga kali supaya keluar dari rumah. Setelah itu, jika ia masih tidak keluar, barulah boleh dibnuh.

Pesanan ini berbunyi aneh. Bagaimana manusia dapat berinteraksi dengan ular yang merupakan binatang.

Bagaimana ia boleh faham? Adakah amalan ini suatu amalan yang tidak ada asasnya dalam Islam?

Amalan ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan kepercayaan dalam Islam bahawa jin boleh bertukar rupa bentuk kepada binatang.

Menurut Imam Suyuti, jin Islam boleh bertukar rupa bentuk kepada ular yang tidak berb4haya.

Namun, pada masa sekarang, kita mempunyai pilihan lain iaitu menghubungi pasukan penyelamat.

Seperti pihak bomba atau pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Selain itu, boleh juga diambil gambar ular tersebut sebagai langkah pencegahan.

Ini supaya jenis ular dapat dikenal pasti dan anti-venom yang sesuai dapat diberikan jika digigit.

Baru-baru ini seorang warga Twitter, @naimazharr berkongsi satu video.

Ini memaparkan kejadian ular dipercayai ular sawa masuk ke dalam sebuah penduduk.

Berdasarkan video berdurasi 40 saat itu, seorang wanita dipercayai penjaga bayi berdepan detik cemas.

Ini apabila dia pada awalnya tidak perasan akan kemunculan ular tersebut yang menyelinap masuk ketika sedang leka membuai bayi.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Mari tonton video ini

Sementara itu, beberapa warganet lain turut memberi komentar mereka, rata-rata mereka juga tidak nampak ular tersebut pada awalnya.

Ada yang berpendapat, ular itu sebenarnya memang nak serang wanita itu, tapi ‘hasratnya’ gagal.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Lamanmaya