Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa

Tak perlu dihuraikan lagi, pasti ramai sudah mengetahui tentang hubungan antara pengacara Noor Neelofa dan tunangnya, iaitu PU Riz yang kini seperti sedang dilanda badai semenjak kisah mereka tular di media sosial mulai 26 Disember.

Secara tiba-tiba, nama Neelofa dan PU Riz trending di aplikasi Twitter selepas ramai warganet membuat ‘siasatan’ berkenaan Instagram story yang dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan juga Ameera Khan.

Permulaan kisah ini berlaku apabila mereka bertiga memuat naik satu Instagram story yang sama, disusuli memadam semua foto ketika majlis pertunangan Neelofa dan PU Riz serta tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di laman Instagram.

Kemudian, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini turut memadam foto bersama Neelofa ketika majlis tersebut yang diadakan pada 1 November lalu.

Netizen mula membuat spekulasi sendiri berkenaan hubungan mereka yang mengatakan kononnya PU Riz merupakan seorang yang judgemental apabila kebanyakan adik-beradik Neelofa tidak memakai tudung.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terlalu rajin sehingga mendedahkan semula tentang kehidupan lama PU Riz ketika belajar di sebuah universiti tempatan.

Dalam masa yang sama, netizen menjumpai beberapa komen yang ditinggalkan di satu akaun Instagram milik seorang gadis dikenali sebagai Shafira Ismail Norbat.

Komen yang ditinggalkan oleh PU Riz berbunyi teguran kepada gadis tersebut dan itu membuatkan netizen berasa musykil tentang maksud yang tersirat.

Tetapi selepas dis1iasat oleh warganet, gadis tersebut merupakan adik kandung PU Riz sendiri.

Kini, muncul semula beberapa keping gambar yang tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial iaitu gambar luc4h yang dikatakan mirip seperti PU Riz.

Namun, ada beberapa netizen memberi pandangan tersendiri mengenai kisah yang melanda selebriti terhangat ini yang mana adik-beradik Neelofa tidak sepatutnya membuka ruang untuk netizen membawa mulut.

Bagi mereka, ahli keluarga Neelofa sendiri yang membuka pekung apabila ada masalah yang melanda dan ia membuatkan netizen berasa tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.

Apa pun, kita sebagai orang luar jangan terlalu mudah membuat spekulasi sendiri dan menvduh sana sini.

Biar la pihak Neelofa dan PU Riz sendiri yang menyelesaikan masalah mereka ini, kita tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka.

Sumber foto: Instagram Shakira, Twitter, Instagram Neelofa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotupdate-gambar-lama-pu-riz-tersebar-semula-ini-komen-netizen-tentang-adik-beradik-neelofa/