KUALA LUMPUR: “Rehatlah wahai anak syurga Mak Long, moga kita bertemu di syurga Allah kelak.”
Itu luahan penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris selepas dimaklumkan berkenaan kem4tian anak saudaranya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang ditemukan terdampar di Pantai Kelulut, Terengganu.
Finalis rancangan realiti Gegar Vaganza musim ketujuh itu berkata, beliau reda atas pem3rgian allahy4rh4m Naim dalam keadaan yang tidak dijangkakan dan berharap bertemu semula di fasa kehidupan seterusnya.
“Rehatlah Naim, anak syurga Mak Long. Lepaskan lelah dunia, kami reda dengan pemergian kau. Hari ini walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan.
“Sesungguhnya ramai saksi dunia ini melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempatmu, Naim,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, Akar Zapin Kita hari ini.
May4t allahy4rh4m Naim Hariri ditemukan pasukan penyelamat pagi ini selepas tiga hari hilang di pantai berkenaan, dipercayai ditarik ombak ketika sedang mandi di pantai pada pukul 6.40 petang Jumaat lalu.
Dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Farah Nabilah Huda Ismail, 27, di Kampung Surau Haji Mat Zin, Batu Payong, Marang, pada pukul 10 pagi semalam.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Utusan Online