Altimet terharu karya jadi bahan kajian.
KOMPOSER dan penyanyi rap Altimet meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila lirik-lirik lagunya dijadikan bahan kajian seorang pelajar universiti.
Altimet yang berkongsi perkara itu di laman sosial Instagramnya tidak dapat menggambarkan perasaan teruja itu.
“Aku tak tahu nak rasa apa bila nampak foto ini. Rasa tak percaya ada, rasa terkejut, terharu, tertunduk syukur, semua ada.
“Benda ni bukan idea dan hasil kerja aku, ini usaha @rozita_rosli, jadi aku doakan di berjaya dalam pengajian dia.
“Semoga dapat apa yang dia hajati, amin,” tulisnya.
Altimet luah rasa teruja dan terharu.
Menerusi sebuah posting seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rozita Rosli memberitahu dia membuat kajian tentang gaya bahasa kiasan dalam lagu-lagu penyanyi tersebut.
Pelajar yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan itu mengakui ia adalah sesuatu yang mencabar.
View this post on InstagramUkirkan namaku digendang telinga, pahatkan bahasku didalam minda. #tukangtulis #pendekarpena #AO
“Altimet, saya kaji gaya bahasa kiasan dalam lagu-lagu anda. Alhamdulillah sedikit mencabar tetapi, banyak perkara baru yang dapat dipelajari,” ujarnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen termasuk beberapa artis tempatan yang menghargai usaha pelajar tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar