KJ kem4lang4n, terhumb4n ke dalam parit gara-gara elak lub4ng

AKIBAT gagal mengelak jalan berlubang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau juga mesra disapa dengan panggilan KJ mengalami kem4lang4n.

Berita itu kini diketahui umum setelah beliau memuat naik beberapa keping gambar di Twitter milknya keadaannya yang bercalar di bahagian muka disebabkan terj4tuh ketika menunggang basikal.

“Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving,” tulisnya ringkas bagi menggambarkan ins1den yang berlaku.

KJ juga turut berkongsi keadaan jalan ros4k berlubang menjadi punca beliau hilang kawalan ketika sedang berkayuh dan telah terhumb4n ke dalam sebuah parit.

Seperti yang diketahui ramai, KJ memang tidak asing lagi dengan aktiviti berbasikal dan gemar bersukan.

Jika ada masa terluang beliau sering menunggang basikal dan menjadikan media sosial sebagai platformnya berkongsikan aktiviti yang dibuat.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Syahrir Bakar‏ melalui Twitternya yang dikenali sebagai @bobby_bakar memaklumkan, KJ hanya mengalami keced3raan ringan yang tidak serius  dan telah menerima rawatan di h0sp1tal berdekatan.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami keced3raan kecil dan tiada yang serius,” kata Raja Syahrir.

Menjengah ke ruang komen, ramai pengikutnya mendoakan agar KJ cepat sembuh dan terdapat juga beberapa pengguna di Twitter menggesa KJ untuk membawa isu jalan berlubang yang berbah4ya kepada pengguna itu kepada pihak berwajib.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar