Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya zon merah Cov1d-19, daerah Klang catat k3s tertinggi

PETALING JAYA: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di isytiharkan sebagai zon merah c0v1d-19.

Daerah Klang mencatatkan kes positif c0v1d-19 tertinggi di Selangor dengan 3,476 kes, diikuti daerah Petaling, 1,415 ke3s.

Menurut Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, beberapa daerah lain di Selangor turut mencatatkan kes yang tinggi, seperti Hulu Langat dengan 1,225 k3s, Gombak (978), Kuala Selangor (380), Kuala Langat (304), Sepang (297), Hulu Selangor (61) dan Sabak Bernam (58).

Turut mencatatkan kawasan zon merah adalah empat mukim di Kuala Lumpur iaitu Lembah Pantai 2,467 k3s, Titiwangsa 747, Kepong 591, dan Cheras dengan 574 k3s positif c0v1d-19.

Putrajaya turut dikategorikan sebagai zon merah, dengan 49 kes positif c0v1d-19 direkodkan sehingga semalam.

Melaka turut mencatatkan satu zon jingga iaitu di Melaka Tengah dengan 22 k3s sementara dua lagi daerah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Jasin dengan 255 kes manakala Alor Gajah dengan 108 ke3s.

Pulau Pinang juga mencatatkan tiga zon merah dengan k3s tertinggi di daerah Timur Laut (291 k3s), Barat Daya 177, dan Seberang Perai Selatan dengan 42 k3s.

Perak juga mencatatkan tiga zon merah iaitu Hilir Perak dengan 377 k3s, Kinta 89 k3s dan daerah Larut Matang Selama dengan 53 k3s.

Empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu zon merah.

Daerah Seremban mencatatkan kes positif c0v1d-19 tertinggi dengan 871 k3s, diikuti Kota Bharu dengan 99 k3s, daerah Bentong dengan 95 k3s, dan daerah Kota Setar dengan 54 k3s.

Sabah turut merekodkan bilangan k3s yang tinggi, dengan 11 daerah dikategorikan sebagai zon merah dan dua zon hijau yang tidak mempunyai sebarang k3s.

Jumlah keseluruhan kes di negeri itu adalah 3,243 dengan 675 di Kota Kinabalu, Lahad Datu (468 k3s), Penampang (410 k3s), Tawau (379 k3s), Sandakan (324 k3s), Tuaran (230 k3s), Papar (137 k3s), Putatan (131 ke3s), Ranau (113 k3s), Kota Belud (69 k3s), dan Semporna (49 k3s).

Dua zon hijau di Sabah adalah Tambunan dan Nabawan dengan sifar kes positif c0v1d-19.

Sumber : FMT

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :