‘Ajar Maksud Kura-Kura Pun Rumit’- Video Rakyat Malaysia Bersama Isteri Minah Salih Buat Netizen Terhibur

Perkahwinan campur sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Terbaharu, sebuah video memaparkan seorang lelaki, warganegara Malaysia yang memiliki sebuah keluarga di Amerika Syarikat tular di Twitter.

Menjadi buah mulut netizen apabila lelaki tersebut iaitu Kumaar telah lancar cabaran bercakap bahasa Melayu selama 24 jam. Menerusi video tersebut, Kumaar bercakap bahasa Melayu dan isterinya turut mencuba bercakap dalam bahasa Melayu.

Rata-rata netizen berasa bangga akan perkongsian Kumaar yang secara tidak langsung mempromosikan bahasa Melayu di mata dunia. Malah, para netizen turut berasa terhibur dengan video tersebut yang memaparkan ‘kesabaran’ Kumaar untuk menerangkan perkataan kura-kura kepada isterinya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut bangga dengan Kumar walaupun menetap di Amerika Syarikat tetapi tetap bangga menjadi anak Malaysia. Malah, Kumaar juga turut mempromosikan budaya Malaysia di luar negara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/