Ulama tersohor Indonesia Syed Ali Jaber disahkan Cov1d-19, sama-sama kita doakan kesembuhan beliau

PANDEMIK c0v1d-19 sememangnya tidak mengenal sesiapa. Semua orang berisiko dij4ngk1ti w4b4k berkenaan tanpa mengira usia dan latar belakang andai kita leka walaupun seketika cuma.

Meskipun langkah-langkah pencegahan sudah dilakukan, namun kadangkala peny4kit yang digeruni itu datang menjengah jua.

Benar, semua orang tidak mahu dirinya jatuh s4kit. Apatah lagi ‘diser4ng’ dengan v1rus corona berkenaan. Jika itulah takdirnya, terimalah ujian daripada ALLAH SWT dengan hati yang terbuka.

Bersabar, berikhtiar dan teruskan berdoa agar diberi kesembuhan segera.

Terbaharu, ulama yang juga pendakwah dan peceramah terkemuka yang mempunyai kewarganegaraan Indonesia, Syekh Ali Jaber dilaporkan positif v1rus corona pada Selasa lalu.

Syekh Ali Jaber
SYEKH ALI JABER

Syekh Ali merupakan tokoh agamawan dan pendakwah di Indonesia terkenal dan kerap dijemput untuk menjadi penceramah di seluruh masjid di negara itu termasuk pada acara-acara peringkat nasional.

Video-video ceramahnya yang dimuat naik di salurannya sendiri, Syekh Ali Jaber (685,000 pelanggan) kebanyakan mencecah jutaan views.

Beliau yang berasal dari Madinah, Arab Saudi sangat disenangi dan dikagumi kerana berkebolehan bertutur dalam Bahasa Indonesia dengan baik.

Pada 13 September lalu, Syekh Ali Jaber mendapat liputan meluas media Indonesia apabila dit1kam oleh orang yang tidak dikenal ketika berceramah di Masjid Falahuddin, Sukajawa, Bandar Lampung. Beliau yang sembuh selepas itu dilaporkan telah memaafkan suspek.

Memetik laporan agensi cnnindonesia.com semalam, Syekh Ali kini dikhabarkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah h0sp1tal di Indonesia.

Perkhabaran itu dikongsikan menerusi akaun Instagram dan YouTube peribadi milik pendakwah itu. Kemudian, berita itu tersebar dengan meluas di republik itu termasuk di negara kelahirannya di Arab Saudi.

“Sahabat Syekh Ali Jaber yang semoga dirahm4ti oleh ALLAH. Mohon doanya untuk Syekh Ali, saat ini dirawat di ruang ICU.

“Beliau tidak boleh menggunakan telefon bimbit. Terima kasih untuk semua doa dan perhatiannya, jazakallahu khairan,” tulis perkongsian berkenaan.

Syekh Ali Jaber
STATUS terkini Syekh Ali Jaber di h0sp1tal yang dikemas kini di Facebook rasmi miliknya pada pagi tadi.

Perkhabaran sed1h tentang v1rus yang menyerang Syekh Ali itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya pada hari Selasa lalu.

Menceritakan lanjut, beliau tidak menyangka diuji dengan pandemik berkenaan. Walhal, Syed Ali sudah berkali-kali melakukan ujian calitan. Namun, keputusannya semua negatif.

Sehinggalah beberapa hari kemudian, Syed Ali mengakui badannya mulai panas dan batuk.

“Saya rasa panas biasa-biasa saja. Saya makan ubat untuk mengurangkan rasa panas dan ubat batuk. Kemudian, saya minum madu dan lain-lain.

“Subhanallah, qadarullah. Saya disuruh lakukan ujian calitan lagi. Saya tidak merasa sama sekali akan positif. Maka, saya buat ujian itu (pasukan perubatan) datang ke rumah, kemudian ternyata hasilnya positif,” katanya dipetik daripada video tersebut.

Sejak itu, Syed Ali mulai bergejala dengan mengalami dem4m, suhu badan panas naik turun dan batuk sehingga sesak nafas.

Ketika itulah, kudratnya semakin lemah untuk menjalani ku4r4nt1n kendiri. Akhirnya Syekh Ali dibawa ke h0sp1tal untuk menerima rawatan lanjut.

Alhamdulillah, keadaan beliau ketika itu stabil walaupun masih ses4k nafas.

Agamawan itu turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan.

Syekh Jaber Ali
ANTARA sedutan video ketika Syekh Ali Jaber mengumumkan berita duk4cita itu pada hari Selasa lalu.

Meskipun beliau jarang bertemu sesiapa dan sentiasa memenuhi prosedur operasi standard ditetapkan iaitu jaga 3M (mencuci tangan dengan kerap, menggunakan pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal), jauh daripada tempat sesak, majlis keramaian, namun ALLAH SWT sudah menulis ketetapan begitu buat dirinya.

“Kalau sudah ditakdirkan oleh ALLAH pasti datang ujian. Mudah-mudahan dengan ujian ini, saya dapat diampuni segala d0sa dan dinaikkan darjat, selain menjadi hikmah dan pelajaran.

“Saya harap semua keluarga dan sahabat jemaah tolong doakan agar ALLAH berikan yang terbaik. Mudah-mudahan ujian ini berlalu,” doanya.

Menjengah ke Instagram dan Facebook milik Syekh Ali, ramai yang mendoakan kesembuhan beliau.

Justeru, marilah sama-sama kita terus berdoa agar Syekh Ali dan mereka yang diuji v1rus corona ini segera sembuh agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

Dalam doa kita itu, jangan lupa titipkan sekali semoga ALLAH SWT segera mengangkat w4b4k ini.

Semoga tahun baharu 2021 yang bakal menjengah beberapa jam lagi akan memberikan sinar baharu dalam kehidupan kita.

Sumber & Foto: cnnindonesia.com & Facebook Syekh Ali Jaber

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar