(VIDEO) Bertahun-tahun gadis ini cuba ‘move on’ , namun tak sangka apabila bekas kekasih tiba-tiba masuk meminang

Semestinya  menjadi impian dan cita-cita apabila menjalinkan percintaan kita ingin mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan.

Namun tidak semua berkekalan, tapi bak kata orang tua-tua dulu, jika dah jodoh tidak kemana. Mungkin ungkapan itulah yang sesuai untuk digambarkan dengan apa yang berlaku kepada pasangan kekasih ini.

Perkongsian video ini viral di tiktok apabila seorang gadis bernama Siti menceritakan kisahnya dilamar oleh bekas teman lelakinya sendiri. Bunyi agak pelik bukan? tetapi itulah takdir.

Tambahnya lagi, selepas melalui fasa sed1h untuk melupakan kisah cinta silam, siapa sangka siapa duga jodoh mereka rupanya masih kuat.

Bukan kekasih yang melamar tetapi bekas kekasih!

Sebaik mendapat tahu Siti sudah kembali solo, dia tanpa membu4ng masa terus masuk meminang. Berkat  niatnya yang ikhlas mendapat restu dari kedua ibubapa, kini hari yang dinantikan untuk mereka bergelar pasangan halal sudah semakin hampir menjelang tiba.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri komen dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  ohmypress.com/