Ibu j4tuh di dapur, tiba2 ibu tak jawab pelat. Aku call akak, abang bagi tahu dan ini tindakan mereka.

Nama aku Elly. Umur aku genap 22 tahun 10/9/20 yang lepas. Aku salah seorang pembaca setia macam korang semua juga.

Aku nak luahkan kisah hidup aku yang bagi aku terlalu “complicated” untuk aku harungi sendiri sebagai seorang “young adult”.

Hidup aku tiada permulaan indah kerana sejak aku lahir keluarga aku sudah berpecah belah. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik.

Jarak umur kami memang jauh. Ibu lahirkan aku disaat rumah tangganya bergolak dengan seorang lelaki yang aku gelar abah. Ketika itu ibu berusia 41 tahun abah pula 47 tahun.

Aku nak cerita panjang tapi aku ringkaskan takut korang bosan nak baca.

Suara tangisan ibu mendayu kedengaran dari dalam bilik. Aku? lari keluar sorok dibelakang hujung rumah celahan pokok pandan bersama perasaan yang berdebar, t4kut dan sed1ih.

Saat itu terdetik di hati kenapa keluarga aku begini? mungkin kewujudan aku menyusahkan mereka?

Semenjak itu abah pergi dan pulang sebulan sekali, dua bulan sekali atau bila Ibu telefon.. sebab abah kahwin lain dan ada keluarga lain.

Ada suatu ketika tu tak taulah apa yang berlaku Ibu dan Abah datang bersama ambil report card dan keputusan ujian aku di sekolah menengah tapi abah yang berurusan dengan cikgu..

Cikgu tanya nama aku.. abah terpinga.. dia toleh dan panggil aku,”nama panjang kakak ape ?.. “Nur Elisah lah abah”(bukan nama sebenar).. whuut, seriouslah orang tua ni ?

Jap.. aku tak sambung belajar bukan sebab anak manja atau nak jadi baby sitter sepenuh masa.

Tapi lepas sebulan aku habis SPM ibu kena str0k. Nasib masa tu aku ada di rumah.. dia jatuh di dapur tangan kanan dia terkena air panas,

dia tak boleh bercakap dan kaku. Aku cuba bercakap, “ibu, kenapa ni?”. Ibu jawab pelat tapi aku paham “Esah.. tolong ibu, kenapa ibu tak boleh gerak, panas..”

Aku call abang dan kakak aku. tiada yang angkat. Aku panggil jiran dan lari pergi rumah Abglong aku. Mujur Abglong ada dirumah tengah cuci kereta..

sambil n4ngis aku cakap “tolong mamaaaaaa !” Abglong start kereta waja dia yang basah tu berdesup terus kerumah ambil ibu bawa ke h0sp1tal. Adik beradik kami semua berkumpul di emergency h0sp1tal.

Aku ada ckp kat mkcik pakcik aku.. Aku str3ss kenapa aku tak macam remaja lain hidup senang bahagia.

Makcik pakcik aku cakap ini Allah nak tambah pahala ganjaran ke syurga. Kalau rasa nak sambung belajar dorang tolong uruskan.

Cuma aku tak tau kenapa berbelah bagi sangat hati aku. Antara takut nak tinggal ibu dan takut nak kasi orang jaga ibu.

Akhirnya aku tak sambung belajar dan aku berlayar dalam dunia str3ss aku sendiri. Sepanjang ibu s4kit,

adik beradik, ipar duai, makcik pakcik sedara mara lain ada tolong. Tapi sepenuhnya aku uruskan sendiri. 

Aku bila stre3ss mesti aku marah – marah tak tentu pasal lepastu menangis sambil nyanyi lagu suriram.

Sejak tu aku ada kawan imaginasi nama dia seri. Tapi sekejap je.

Cuma bila aku tak dapat lepaskan mar4h atau nak nangis tak dapat aku akan lompat, ketap bibir sampai berd4rah, tamp4r dan pukvl muka sendiri. Aku pun tak tau kenapa.

Tapi aku tak buat depan ibu. Depan ibu aku normal cuma ada masa aku n4ngis lah sambil cakap,

“ibu tak sayang esah eh, kenapa ibu tak baik lagi, hidup esah ters3ksa tau” “kalau ibu takde usaha nak baik, esah lari taknak jaga ibu”.

Lepas ibu men1ngg4l, abah terus hilang, pindah dan tukar no telefon. Sampai sekarang tiada khabar dari keluarga abah mahupun abah sendiri.

Tentang masalah str3ss aku, aku dapatkan bantuan dokter di h0sp1tal. Sampai sekarang aku tak tau kenapa kalau mar4h,

aku tak luahkan. Aku masih pukvl muka aku sendiri, tak sempat dikawal.

Aku sudah bekerja, ada satu hari tu member sekerja buat aku rasa geram. Aku secara spontan jerit,

Sekian dari aku. Doakan yang baik-baik untuk aku ya…

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :