Masa sehari kini tidak sampai 24 jam kerana bumi berputar lebih laju — Saintis

PUTARAN bumi pada paksinya kini dilaporkan menjadi lebih laju berbanding 50 tahun yang lalu. Saintis baru-baru ini mendedahkan bahawa masa dalam sehari pada waktu ini sudah menjadi lebih singkat, dan tidak sampai 24 jam.

Penjaga masa dunia memaklumkan bahawa pada 19 Julai 2020, masa sehari yang dilalui pada tarikh itu kurang 1.4602 milisaat berbanding tempoh biasa 24 jam.

Bumi

Perkara itu sekaligus bercanggah dengan kepercayaan umum sebelum ini bahawa jangka masa matahari terbit pada waktu pagi, sehingga ia terbit semula pada keesokkan harinya yang dipercayai melebihi masa 24 jam.

Rekod yang dicatatkan sebelum ini menunjukkan, bumi melengkapkan putaran sehari dalam masa lebih 24 jam.

Penemuan terbaru itu menimbulkan perdebatan di kalangan saintis, sama ada kita perlu mengubah dan membu4ng kiraan satu saat daripada catatan masa, untuk menyelaraskan perubahan sekaligus memberikan kiraan yang tepat dan selari dengan putaran bumi.

Perkhidmatan Putaran Bumi dan Sistem Rujukan Antarabangsa (IERS) pada bulan Disember tahun 2020 yang lalu telah menyatakan bahawa tiada “lompatan saat” akan ditambah kepada penyimpan masa rasmi dunia.

Namun disebabkan bumi mengambil masa beberapa jam lebih cepat untuk melengkapkan putarannya, maka para saintis akan mempertimbangkan penambahan ‘lompatan saat negatif’.

Tahun 2020 merekodkan 28 hari bumi berputar paling pantas.

Terdapat 28 hari yang terjadi di dalam tahun 2020, di mana bumi berputar paling pantas dalam masa sehari sejak tahun 1960, di mana bumi berputar di atas paksinya beberapa milisaat lebih pantas berbanding purata tempoh yang biasa.

Para penyelidik mendakwa secara purata tempoh masa bagi hari-hari berkenaan 0.5 saat lebih singkat berbanding 24 jam. Oleh sebab itu para penyelidik di seluruh dunia mempertimbangkan untuk memadam 1 saat dalam catatan masa bagi memastikan ia selari dengan putaran bumi.

Mengekalkan masa atom selari dengan masa solar adalah penting untuk memastikan satelit-satelit dan perkakas komunikasi lain berada pada keadaan yang selari.

Perubahan kelajuan putaran bumi itu dipercayai ada kaitan dengan kesan pemanasan global.  Salah satu laporan yang diterbitkan dalam Science Advances dalam tahun 2015 mendakwa pencairan bungkah air batu dunia merupakan sebahagian daripada punca menyebabkan planet ini berpusing pada kadar yang lebih laju di atas paksinya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ER