“Sedih sangat… ada yang nak masuk rumah pun kena korek tanah dulu” – Fizz Fairuz

SEBAGAI anak jati Pahang, pelakon Datuk Fizz Fairuz terpanggil untuk memberikan bantuan kepada penduduk negeri itu yang terkesan dengan benc4na banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia dalam misi menyerahkan barang bantuan seperti tilam, selimut dan bantal kepada penduduk yang terjejas.

“Kami dalam misi untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Bukan sahaja kena banjir, ada juga penduduk yang rumah mereka terb4kar.

“Misi kami untuk serahkan bantuan ini dengan menyasarkan ser4mai 100 buah keluarga untuk setiap daerah yang kami pergi.

 

Ada yang nak masuk rumah mereka kena korek tanah dulu baru boleh masuk rumah.

DATUK FIZZ FAIRUZ

PELAKON

“Sekarang ini keperluan makanan, minuman dan pakaian memang dah banyak, mereka (m4ngsa banjir) amat memerlvk4n keperluan lain seperti bantal, selimut dan tilam selain perkakasan untuk membersihkan rumah seperti penyapu, baldi dan bakul.

“Kami akan masuk ke kawasan pedalaman dahulu sebab ada di antara mereka yang masih tak dapat bantuan disebabkan terputus jalan,” katanya.

Fizz dan isteri, Almy sama-sama turun padang ke Pahang.

Pelakon filem Munaf1ik itu juga berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan boleh berhubung secara langsung dengannya menerusi kiriman direct message (DM) di Instagramnya.

“Kami cuba membantu sebaik yang mungkin dan saya juga perlvk4n sumbangan anda. Jika sesiapa ada yang mahu menyumbang, boleh DM kepada saya.

“Kalau anda tengok memang sed1h sangat-sangat.

“Ada yang nak masuk rumah mereka kena korek tanah dulu baru boleh masuk rumah… sama-sama kita bantu mana yang boleh,” ujarnya.

Menerusi laporan media, jumlah m4ngs4 banjir di Pahang meningkat kepada 26,540 orang setakat ini.

Temerloh mencatatkan bilangan m4ngs4 tertinggi sebanyak 12,045, diikuti Maran (3,728), Pekan (2,406), Lipis (2,330), Raub (1,788), Bera (1,551), Jerantut (1,493) Kuantan (999) dan Rompin (200).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : mStar