Muncung pesawat, badan pesawat berwarna biru merah, serpihan tayar sehingga ke bahagian ekor Sriwijaya Air SJ 182 dijumpai dalam keadaan hancur berkeping-keping, menurut penyelam yang terlibat di dalam usaha mencari dan menyelamat.
Penyelam yang menjumpai pesawat Sriwijaya Air SJ 182 itu menceritakan ‘pemandangan’ tragis yang dilihat oleh mereka di dasar laut.
Anggota pasukan penyelam Kopaska Tentera Laut Indonesia, Jeneral Marin Edi Tirtayasa berkata, mereka menjumpai serpihan pesawat Sriwijaya Air SJ 182 di lokasi menyelam di sekitar Perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.
Semasa menyelam, Edi melihat serpihan pesawat kecil yang dikatakan h4ncur berceai secara total.
”Di dalam laut ada serpihan pesawat. Pesawat hancur total,” kata Edi yang ditemui di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta pada Ahad.
Pasukan penyelamat turut dilihat beberapa kali mengangkut potongan bahagian pesawat Sriwijaya Air.
Dalam kejadian pada Sabtu, pesawat malang yang membawa 62 orang penumpang terdiri daripada 12 kru dan 50 penumpang dewasa termasuk tujuh kanak-anak dan tiga bayi dilaporkan terhemp4s di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
Pesawat terbabit dijadualkan menuju ke bandar Pontianak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang membabitkan perjalanan selama kira-kira 90 minit melintasi Laut Jawa.
Namun, kira-kira empat minit berlepas pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.
Sumber: Tribun News
Jakarta: Anggota badan manusia dan serpihan bangk4i pesawat Sriwijaya Air yang terhemp4s semalam, ditemukan di di perairan berhampiran di sini.
Pesawat Boeing 737-500 dikatakan terhemp4s ke laut, kira-kira empat minit selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Punca n4h4s masih belum diketahui, ketika pihak berkuasa giat memfokuskan kepada usaha mencari dan menyelamat.
“Setakat pagi ini, kami menerima dua (beg) m4y4t, salah satunya adalah barang dipercayai milik penumpang dan satu lagi mengandungi anggota badan manusia,” kata jurucakap p0lis Jakarta, Yusri Yunus kepada MetroTV.
Penemuan itu ketika aset seperti kapal, helikopter dan pasukan penyelam dihantar ke lokasi n4h4s.
Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat.
Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : 2.e-kisah.com