“Tolonglah berpoligami jangan pentingkan diri sendiri, wanita kena ada rasa simpati untuk selamatkan kaum kita yang pegang status andartu, janda” – pembantu janda

Aku ada abang yang beristeri empat. Kehidupannya amat unik. Banyak yang aku belajar darinya. Hikmah poligami ni sangat besar. Khususnya bagi kaum wanita.

1. Bini nombor satunya melayu. Kerja gomen. Kawin masa dua² bujang. Anak ada 3 orang.

2. Bini nombor 2 janda. Tapi tiada anak. Kerja kerani di sebuah bengkel kereta.

3. Bini nombor 3 andartu. Abangku kawen dengannya sebab bini ke-2 yang cadangkan. Umur bini ke-3 waktu tu 35 tahun. Kerja cikgu sekolah rendah. dengannya abangku ada 2 anak.

4. Bini ke-4 Pakistan. Janda anak 3. Kawan abangku yang kerja pejabat agama perkenalkan. Yang ni agak kompleks ceritanya.

Ringkas, abangku kesiankan dia. Selamatkan dia dari takde tempat bergantung. Setelah bercer4i dengan suami lama yang kaki pukuI dan mabvk. Dengannya abangku ada 2 anak. Campur 3 dengan suami lama. Jadi kakak iparku yang pakistan ni ada total 5 anak.

Masa nak mula poligami dulu. Bini pertama sukar terima. Lama² akhirnya lembut. Bini ke 2,3 takde masalah sangat. Bini no-2 lagilah. Siap dia yang offer bini no-3 kepada abangku.

Ini hanya poin sampingan, poin sebenarnya:

Kalau perasan, besarnya hikmah poligami. Bini no-2 yang janda ada orang tengokkan, bini no-3 yang andartu akhirnya bersuami, bini no-4 yang tengah sesak hidup, berjaya abang selamatkan.

Tu masa berbual dengan kawan. Keluar idea nak sedarkan masyarakat.

Kami perhati ke sekeliling kami. Tempat kami bekerja. Bersepah perempuan yang andartu. Umur 30, usahkan tunang. Kawan lelaki pun mungkin takde. Padahal, dari perbualan status FB. Memang nampak sangat tengah mencari.

Tu belum cerita yang janda lagi. Lagi kesian, janda muda. Umur 25-27 dah janda. Belum kira andartu yang umur 40-50 lagi.

Kami perhati pula kepada kawan-kawan lelaki sekeliling kami. Dari tempat kerja hinggalah kawan sekolah. Berapa orang je yang tak kahwin.

Kalau adapun, mesti budak praktikal atau baru grad. Atau sebab ada goal lain. Contohnya jaga mak ayah, workaholic. Atau memang jenis tak nak kawen. Jarang yang jenis mencari, tapi tak kawen².

Kerana tu. Bila fikir tentang abang. Aku fikir, bagus juga budaya poligami ni di-hias dan dirancakkan dalam masyarakat kita. Kita dapat selamatkan ramai kaum wanita.

Wanita kena fikir panjang. Kena ada rasa simpati, untuk selamatkan kaum² kita yang andartu, janda, wanita m1sk1n hatta yang bekerjaya sekalipun.

Wanita selalu salah faham. Selalu anggap cinta lelaki terhadap isterinya tu macam kek. Kalau kerat 70%. Maka tinggal 30%. Salah.

Lelaki ni. Kalau isteri pertama dia sayang 100%. Maka isteri ke-2 pun dia sayang 100%. Isteri ke-3 dan 4 pun dia akan sayang 100%. Itulah kelebihan lelaki. Maka tidak adalah istilah ‘berkongsi kasih’. Sebab semua dapat 100%.

Berikut adalah respon dari netizen, boleh dilihat rata-rata kaum hawa tidak setuju dengan pandangan dari ‘pembantu janda’ ini.

 

 

 

 

 

Mohon maaf kalau ada yang tergur1s. Saya cuma nak sedarkan semua.

– Pembantu Janda (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUMC Confession

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.ohmypress.com