“Cukuplah menyiiksa saya selama bercer4i…’ – Adam Shahz

KUALA LUMPUR: Pelakon drama Juvana, Adam Shahz, 40, nekad mengambil tindakan sam4n ke atas bekas isterinya yang juga pelakon Fatin Afeefa berikutan tindakan menga12ibkannya hingga boleh menjatuhkan reputasi.

Fatin berkongsi satu video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 6, menerusi Instagram (IG) Story miliknya mendakwa, bekas suaminya itu berkongsi bilik tidur dengan teman wanitanya ketika bercuti, baru-baru ini.

Bagaimanapun, video berkenaan dipadam Fatin tidak berapa lama kemudian, malah turut membuat permohonan maaf kepada bekas suaminya itu dalam ruangan IG Story.

Bagaimanapun, Adam enggan mengulas dakwaan dibuat wanita itu, sebaliknya dia tekad dengan keputusan untuk menyam4n Fatin.

“Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Jalan terbaik adalah membawa kes ke mahk4mah. Di sana, saya akan menjelaskan segala-galanya termasuk bukti sekali,” katanya kepada BH Online.

Adam berkata, dia kecewa bekas isterinya turut membangkitkan mengenai nafkah untuk anak mereka.

Sebelum ini, ujar Adam, Fatin pernah membangkitkan isu sama pada awal percer4ian.

Malah, katanya, dia pernah meminta bekas isterinya itu membawa is berkenaan ke muka pengadilan sekiranya tidak berpuas hati, tetapi hingga kini, masih tiada sebarang tindakan daripada wanita itu.

Adam Shahz tekad mengambil tindakan sam4n terhadap bekas isteri, Fatin Afeefa berikutan mengaibkannya dalam laman Instagram.

“Berhubung tuntutan nafkah yang dibangkitkan, perkara ini juga hanya akan didedahkan dalam mahkamah.

Sebelum ini, saya pernah minta Fatin membuka fail jika benar saya berada di pihak yang salah.

“Tetapi, sudah lebih empat tahun bercer4i, tiada sebarang tindakan yang diambil. Oleh kerana dia enggan mengambil sebarang tindakan, jadi biarlah saya yang memulakan langkah,” katanya.

Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam pada 2013, namun bercer4i pada 2017.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH