Boleh dikatakan hampir kesemua kanak-kanak di Malaysia mempunyai haiwan peliharaan atau mengimpikan untuk memiliki satu.
Selain daripada menjadi peneman, haiwan-haiwan peliharaan ini juga secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak dalam mengajar tentang nilai kasih sayang.
Itulah yang berlaku kepada Adam Harith, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang berasal dari Nibong Tebal, Penang ini.
Kisahnya sebelum ini menjadi perhatian apabila beliau diser4ng kucing liar sehingga menyebabkan lvk4 yang agak teruk di bahagian muka. Walaupun begitu, kejadian berkenaan tidak mengubah dirinya untuk menyayangi haiwan tersebut.
“Salute dekat adik Adam Harith, 9 tahun. Walaupun diser4ng kucing liar sampai begitu rupa, adik Adam Harith tetap tidak pernah serik untuk menyayangi haiwan tersebut.
“Kejadian berlaku di Kampung Nanas, Sungai Kechil di Nibong Tebal, Penang,” dalam satu perkongsian tular di media sosial.
#NibongTebal Salute kat adik Adam Harith 9tahun,walaupun diserang kucing liar smpai sebegitu rupa,adik Adam Harith tetap tidak pernah serik untuk menyayangi haiwan tersebut.Kejadian berlaku di Kg Nanas Sg Kechil Nibong Tebal. pic.twitter.com/j3e4WD7EWs
— penangkini (@penang_kini) January 12, 2021
Difahamkan sewaktu kejadian, terdapat kucing liar yang datang menghampiri kucing peliharaan adik Adam di hadapan rumah, tidak mengetahui kesan yang bakal menimpa dirinya, beliau secara spontan telah memegang kucing liar tersebut sehingga menyebabkan beliau dic4kar.
Adik Adam Harith makin sihat
Bagi sesiapa yang risau akan kesihatan adik Adam Harith, menerusi perkongsian ibu beliau yang dikenali sebagai Achiek Lieya, adik Adam sudah semakin sembuh dan lebih mengejutkan ramai pihak apabila beliau tidak serik bermain dengan kucing walaupun telah dica4kar sampai berd4rah oleh haiwan tersebut.
“Ibu ingatkan Adam dah fobia tengok kucing, (tetapi dia) siap pesan kat abah ‘abah, jangan pukvl kucing itu’.
“[…] Anak bertuah sungguh, walaupun muka dah tervk kena cak4r dek kucing, Adam tetap nak sayang kucing juga,” kongsi ibunya di Facebook.
Rata-rata netizen yang memberi komen di perkongsian tersebut telah memuji sikap adik Adam Harith yang mempunyai sikap berani serta nilai kasih sayang yang tinggi terhadap haiwan tersebut.
“Semoga cepat sihat adik. s4kitnya tapi awak tidak n4ngis, kuatnya awak. Lepas itu masih lagi sayang dengan kucing. Bagusnya ibu bapa awak kerana sudah beri didikan yang bagus pada awak dik,” komen seorang netizen di ruangan komen.
“Mulianya hati adik, kecil-kecil dah faham erti kasih sayang, semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah.
“Siap bagitahu ayah dia jangan pukvl kucing pulak tu, tak serik-serik nak sayang kucing, hati yang sangat murni,” komen netizen.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.thevocket.com/