Kebetulan Berjumpa Selepas Bantu Mangsa Banjir, Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Ikan Patin

 Pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini menzahirkan rasa terharunya atas keperibadian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi beramah mesra dan bertemunya di Temerloh, petang tadi.

Difahamkan pertemuan secara kebetulan itu turut disertai Raja Permaisuri Agong, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di sebuah restoran yang menyajikan ikan patin di sana.

Menerusi satu perkongsian di laman media sosialnya, Ebit menjelaskan ianya berlaku sebaik beliau selesai menghulurkan bantuan kepada m4ngs4-m4ngs4 banjir di negeri tersebut.

YDPA belanja makan ikan patin

“Terharu seb4k sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan. Terima kasih.

Sebenarnya sikit bantuan kami berikan di Pahang

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Beliau dalam masa sama turut mengagumi kemesraan Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong.

“Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga,” katanya lagi.

 Perkara sama turut dikongsikan laman instagram rasmi Istana Negara  yang turut disertakan sekeping foto sewaktu pertemua kedua tokoh berkenaan.

“Pertemuan Seri Paduk4 Baginda bersama Ustaz Ebit Liew adalah secara kebetulan apabila Al-Sultan Abdullah dan KDYMM Seri Paduk4 Baginda Raja Permaisuri Agong singgah menikm4ti santapan tengah hari di restoran Patin Station, Temerloh.

“Turut berangkat mengiring, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Seri Paduk4 Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di restoran tersebut setelah Baginda berdua melawat dan meluangkan masa menyantuni m4ngs4-m4ngs4 banjir di daerah Temerloh ” tulis pengendali laman itu lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  buzzkini