Drama bersiri yang bertajuk “Ceplos” suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena di negara ini. Walaupun nama Shazrin Shazwan(pemegang watak ceplos) tidaklah terkenal seperti Fattah Amin, namun lakonannya yang menjadi membuatkan ramai suka menonton drama Ceplos.
Ceplos adalah drama bersiri lawak seram yang mengisahkan seekor jiin baik yang bernama Ceplos.
Tidak Kisah Diberi Watak Sebagai Jiin Atau H4ntu
Pelakon yang popular dengan drama bersiri Ceplos, Muhammad Shazrin Shazwan menjelaskan tidak kisah jika sering diberi watak sebagai jiin atau h4ntu dalam drama atau filem.
Muhammad Shazrin sebaliknya berkata, dia bersyukur dengan peluang diberikan oleh penerbit drama atau filem dan menyifatkan sebagai rezeki dalam bidang lakonan.
“Saya tidak kisah sering dikaitkan dengan watak jiin atau h4ntu kerana menerusi peranan itu yang telah mempopularkan diri saya terutamanya melalui siri Ceplos.
“Tiada ada sebab untuk saya merungut kerana itu adalah rezeki saya dalam bidang ini,” ujarnya.
Tambahnya lagi, jika diberi peluang dia ingin membawa watak yang lebih mencabar seperti memegang peranan sebagai g3ngster, orang hilang upaya dan sebagainya.
Ujarnya, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan secara tidak sengaja tetapi setelah beberapa ketika melakukannya dia semakin cintakan bidang itu.
“Saya sebelum ini hanyalah seorang pembantu kepada jurukamera tetapi sejak berlakon saya semakin seronok dan mula mendalami selok-belok mengenai lakonan.
“Sudah tentu saya ingin mengembangkan sayap sebagai pelakon yang berkaliber dan berkebolehan memegang pelbagai watak,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muhammad Shazrin berkata, pengalaman membintangi filem pertamanya, Pak Pung arahan Fauzi Nawawi cukup mencabar kredibiliti sebagai pelakon.
Ujarnya, walaupun masih memegang watak jin dalam filem tersebut, tetapi menurutnya ia berlainan daripada sebelum ini kerana perlu memainkan peranan sebagai jin lembut.
“Susah sebenarnya nak membawa watak lembut kerana perlu membuat lenggok badan yang lemah gemalai dan gaya percakapan berbeza. Bagaimanapun Abang Fauzi banyak membantu dalam menghidupkan watak tersebut.
“Bagaimanapun saya seronok dapat memegang watak ini kerana ia memberi saya banyak pendedahan dalam teknik lakonan,” ujarnya.
Dimanakah Ceplos Sekarang?
Setelah lakonannya di dalam drama bersiri Ceplos, Shazrin Shazwan sudah jarang kelihatan berlakon di dalam drama-drama lain. Dimanakah dia menghilang? Menerusi pemerhatian kami di laman sosial facebooknya, Shazrin Shazwan masih lagi aktif dalam bidang seni namun berada disebalik tabir dan tidak lagi berlakon seperti dahulu. Apa-apapun kami doakan semoga Shazrin Shazwan terus maju jaya dalam segala bidang kerjaya yang beliau ceburi.
Tonton video di bawah untuk melihat wajah terkini “Ceplos”.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : SportSukan via islamik info