“Dia bersin telan anak kucing ke ??..” – Lain Macam Bunyi Gadis Ini Bersin Membuatkan Netizen Terhibur

Setiap daripada kita pasti tahu bagaimana rasa puasnya apabila dapat melakukan bersin. Setelah mengalami kegatalan pada hidung, bersin dapat membuatkan kita rasa lega sebaik sahaja ia dilepaskan. Tidak kiralah sama bersin gara-gara resdung, habuk atau elergik, bersin sedikit sebanyak membuatkan kita rasa lega.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan bersin. Sama ada ia menghasilkan bunyi yang agak kuat atau kecil, itulah keistimewaan yang terdapat pada setiap orang.

Hal ini termasuklah dengan sebuah video yang tul4r di laman akaun Twitter milik sebuah akaun iaitu @Ha_iril apabila ia memaparkan tentang seorang gadis yang dilihat sedang menjalani swab test. Pada rakaman tersebut, gadis berbaju hitam itu telah diambil spesimen pada rongga hidungnya sehingga menyebabkan dia bersin sebanyak beberapa kali.

Namun begitu, perkara yang lebih menjadi perhatian apabila bunyi bersin yang terhasil itu membuatkan ramai yang berada di sana tergelak melihatnya. “Dia bersin telan anak kucing ke? Comel je”, kata pemilik akaun itu. Manakan tidak, dihujung-hujung bersin itu kedengaran seperti bunyi seekor anak kucing.

Ekoran daripada itu, ramai pengguna Twitter berasa terhibur setelah melihat rakaman terbabit. Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 3.7 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

“Kalau aku kene ni…”

“Lain macam…”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL