Lufya Omar Terpaksa Cuba Berniaga Kek Sepanjang PKP Disebabkan Tiada Job Yang Diperolehi

Umum mengetahui sejak Rabu lalu, beberapa negeri dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 26 Januari ini. Golongan selebriti antara yang terkesan apabila segala aktiviti penggambaran tidak dibenarkan.

Susulan itu, ramai antara penggiat seni terpaksa berehat seketika dengan menghabiskan masa di rumah. Namun, berbeza buat pelakon Lufya Omar yang mengambil kesempatan untuk menjawa pendapatan tambahan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lufya memberitahu dia mula berjinak dalam perusahaan membuat kek. Menurut Lufya, dia mencuba nasib menjual kek durian Musang King di rumah.

“Waktu PKP ini tak ada kerja duduk rumah Fya buatlah kek durian Musang King di rumah. Bagi penggemar durian ini memang akan gulp (terliur). Kek durian ini ialah kek premium ya. Sokonglah perniagaan baru ibu tunggal ini,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Dalam perkongsian itu, Lufya turut mengajak beberapa orang jiran di kawasan perumahannya untuk merasa kek yang dihasilkannya itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya