Permohonan Online Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 JKM Tahun 2021 Kini Dibuka

Berita baik kepada ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berusia 18 tahun dan kebawah. Anda kini boleh memohon bantuan kanak-kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

KADAR

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah;

ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan

iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

 

TUJUAN

1.Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

2.Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kem1sk1nan (PGK) Purata  m1sk1n Isi Rumah Semasa atau PGK Purata m1sk1n Per Kapita Semasa;

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan

    kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Membuat Permohonan Online / Manual

 

LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)

Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.

Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.

Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.

Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.

LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)

Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.

Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.

Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN

BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti : 

Salinan MyKad pemohon.

Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.

Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.

Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.

Artikel dipetik dari mingguankerja

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.ohmypress.com