Sambut Ulang Tahun Ke-18, Kesetiaan Edika Yusof Jaga Isteri Lumpvuh Terus Menyentuh Perasaan

Cukup sebiji kek. Begitulah sederhananya sambutan ulang tahun perkahwinan Edika Yusof dan isteri yang jatuh pada waktu PKP. Berbekalkan doa agar rumah tangga mereka kekal bahagia, pasangan hebat yang pernah menjadi buah mulut rakyat Malaysia ini, sama-sama meniup lilin.

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Edika Yusof itu, dia turut menitipkan sedikit kata-kata. “I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy anniversary dear wife…” tulis aktor kacak tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Meniti usia perkahwinan ke-18, Edika turut menzahirkan rasa syukurnya kerana diamanahkan seorang isteri yang sentiasa di sisi. Sambil mendengar ucapan suami tersayang, bibir manis Hidayah sentiasa menguntumkan senyuman. Aduhai, sweetnya pasangan ni.

SUAMI PENYAYANG

Lembaran kisah cinta Edika Yusof yang setia menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri sampai sekarang masih diperkatakan. Pengorbanan sosok pelakon kacak ini menatang si isteri yang lvmpuh umpama seorang bayi yang masih kecil cukup menyentuh perasaan.

Mengimbau kenangan tersebut menerusi temu bual Nona dengan pasangan ini, Edika Yusof pernah berkata, “Saya beruntung kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi. Kami sama-sama merancang untuk membina empayar perniagaan dan ujian mula melanda selepas melahirkan anak kedua kami,” ujarnya.

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lvmpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua.

“5 hari selepas bersalin Hidayah diserang dem4m panas. Doktor mencadangkan saya membawanya ke h0sp1tal kerana itu bukan dem4m biasa.

Semasa dalam perjalanan ke h0sp1tal, dia sudah menunjukkan tanda s4kit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kes4kitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.

Keluarga Edika Yusof sebagai cover Majalah Nona September 2017

Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana j4ngk1tan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesed1han pada Yang Maha Esa.

Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lvmpuh terbaring di atas katil.

Sejak itu saya perlu mengangkat Hidayah untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya.

Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.

Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang s4kit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujar Edika yang pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.

Kesetiaan seorang suami teruji tatkala isterinya tidak berdaya. Mujurlah pada usia 54 tahun, Edika masih kelihatan tampan dan laris di kaca TV. Dalam kesibukan berlakon, anak-anak mereka rajin membantu menguruskan ibu mereka yang berkerusi roda di rumah.

Semoga keluarga Edika terus bahagia dan dilimpahi rahmat-Nya. Kagum masih ada lelaki setia seperti Edika!

Sumber: Instagram Edika Yusof  

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona