[VIDEO] “Macam Popia la Pipi Wira…..” – Pipi Pau Anak Betty Buat Ramai Geram Dengan Kecomelanya!

Kalau tengok sahaja bayi berbadan gempal, pipi yang melayu-layut pasti membuatkan ramai yang geram, lebih lucu lagi ada yang menyamakan bayi-bayi ‘chubby’ ini dengan kuih pau dan sebagainya.

Gelagat comel bayi memang sentiasa berjaya menghiburkan hati sesiapa sahaja, senyuman mereka sahaja sudah cukup menawan hati ditambah pula dengan gelak tawa yang riang.

Macam popia la pipi Wira…

Baru-baru ini menerusi muat naik video di Instagram pelakon Datin Paduka Umie Aida, memaparkan aksinya mengusik anak buahnya Wira yang merupakan anak kepada adiknya, Betty Rahmat.

Disebabkan Wira memiliki pipi yang temban, pelakon filem dukun secara berjenaka menyamakan pipi bayi itu dengan kuih popia sambil tangannya memulas-mulas pipi gebu anak buahnya itu.

Muka Wira redho jerr…

Sejak Betty mendedahkan wajah Wira di media sosial, memang ramai yang sudah mula jatuh sayang melihat kecomelan anaknya bermata sepet, berkulit putih dan gebu itu.

Video:

Komen netizen;

Ni pipi pau sis…

Ku geram baju sendat dekat perut…

Ishhh dak nih…

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Umie Aida via ViralKami