Demi Anak, Ibu Sanggup Mencvri. Ini Tindakan Polis Selepas Datang Ke Rumah Ibu Berkenaan

Betullah orang kata, demi anak, ibu sanggup berkorban apa sahaja. Susah senang hidup kita ni tak sama. Begitu juga masalah orang lain, kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka.

Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil barang makanan dan kool fever untuk anaknya dan keluar tanpa membuat bayaran. Tindakan ibu itu telah dikesan oleh pengawal keselamatan sebuah pasar raya dan menahannya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kes ini telah mendapat perhatian Ketua p0lis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal dan segalanya telah selesai dengan cara baik.

Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja…

Menerusi perkongsian di FB p0lis Daerah Petaling Jaya, Ketua p0lis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gag4l membayar barang-barang yang ada bersamanya.

Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang s4kit.

Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik c0v1d-19 ini.

Tambah Nik Ezanee lagi dalam rakaman video berdurasi enam minit, MCO ni atau PKP ni, banyak mencabar kita.

“Ramai antara kita yang selalu complain kenapa p0lis buat roadbloack atau tutup jalan, kenapa jam. Sebenarnya, bukan tuan-tuan dan puan-puan je yang susah.

“Ada lagi yang lagi susah. Dalam PKP ni, ramai yang terkesan. Tak kira frontliners, orang awam dari semua peringkat semua lapisan.

“Ada lagi yang lagi susah, jadi kita sama-samalah bantu mana yang kita boleh,” katanya.

Bukan datang tangkap, tapi bawa macam-macam makanan

Sementara itu, dalam satu perkongsian Twitter Hafidzul_Hilmi dia turut berkongsi kisah disebalik kesusahan ibu ini.

Hebat !! p0lis datang ke rumah seorang wanita di Petaling Jaya kerana mencvri kool fever, sosej dan kek. Bukan untuk ditangkap tetapi datang bersama mcm2 makanan untuk diberi kpd keluarga wanita berkenaan.. Tahniah p0lis Pj terutama OCPD ACP Nik Ezanee diatas sifat ihsan.

Untuk yang bertanya, suami wanita ini tak bekerja kesan pndemik c0v1d-19. Terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya dem4m. Hypermart buat report mengenai kejadian itu namun kes di NFA.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa & Ma