Erra Fazira Tgh Main Badminton, Tiba2 Nampak DLCW Kat Court Sebelah. Apa Jadi Selepas Itu Memang Lucu

Berjumpa dengan seseorang individu yang kita k4gumi merupakan m0men yang paling indah dalam kehidupan.

Mana taknya, individu tersebut sudah berada di depan mata dan lebih teruja, beliau sudi bergambar bersama.

Di Instagram, Erra Fazira memuat naik foto bersama Datuk Lee Chong Wei. Menurut Erra, dia tervja dapat berjumpa dengan pemain badminton nombor satu negara itu.

Menerusi perkongsian Erra, dia muat naik foto ‘throwback’ bersama Datuk Lee Chong Wei. Tambahnya, pemain badminton tersebut bermain badminton di sebelah gelanggangnya pada waktu itu.

Oleh itu, dia berasa malu untuk bermain memandangkan idola kegemaran ramai itu berada di sebelahnya.

” Throwback!!

” Saya ni peminat Dato’ Lee Chong Wei.. tapi bila dia main kat court sebelah.. saya jadi jam!! Nak pukul bola pun tak kena.. Acanner tu?! Buat malu je Fazira ni .

” Nak ambik gambar pun saya malu.. nasib baik laaa ada kawan yg mmg sejenis bulldozer.. saya org terakhir dpt bgambar dgn DLCW!

” Nasib baik ada mask dapat laaa cover muka ku yang dah macam belacan kena bakar..

” Malu weyyy.. siapa yg kenal saya, tahu lahhh betapa pemalu nya saya .. terutama kepada seseorang yang saya minat.” tulis Erra.

Ujar Erra lagi, dia turut berasa segan untuk bergambar dengan wira negara itu. Di akhir prkongsian, Erra mengucapkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan Lee Chong Wei sepanjang tahun.

” Anyway DLCW i just want to say.. Thank you n congratulations on all ur achievements throughout all the years.. U definitely have made us all proud” akhiri Erra.

 

Sementara itu rata-rata netizen men1ngg4lkan komen bahawa Erra seorang yang beruntung kerana dapat berjumpa dengan Lee Chong Wei di sebelah gelanggang badminton.

Malah, peminat Erra turut meluahkan perasaan mereka semasa kali pertama berjumpa artis kesayangan mereka itu.

DLCW bersara pada usia 37 tahun

Terdahulu, pada Jun 2019, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun dengan menegaskan dia perlu mengutamakan kesihatannya.

Keputusan menggantung raket itu diumumkannya dalam sidang media khas di pejabat Kementerian Belia dan Sukan hari ini dengan dia juga dilihat mengalirkan air mata ketika berucap.

Jelas bekas pemain nombor satu dunia itu, ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya, namun selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo.

” Saya ada ke Taiwan pada April lalu dan doktor yang merawat saya merasakan tidak sesuai lagi untuk saya meneruskan latihan dengan intensiti tinggi.

” Saya akhirnya membuat keputusan untuk menggantung raket selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari, ia adalah keputusan berat untuk saya tetapi apa yang paling penting adalah isu kesihatan saya,” katanya.

Sumber:IG Erra

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : limauais via TTK