(VIDEO) Cikgu Ini Semangat Nak Mengajar Anak Murid Secara Online Tiba Tiba Bunyi Ayam Berkokok. Apa Yang Terjadi Mencuit Hati Netizen

PdPR atau nama penuhnya adalah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah telah dilaksanakan. Untuk perkara yang baru atau norma baru seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pasti perkara ini adalah suatu yang janggal.

Untuk anak murid, ibu bapa dan juga cikgu. Jika dahulu ibu akan menggosok baju malam sebelum sekolah dan anak anak akan kapur kasut tetapi sekarang tiada lagi.

Dulu pagi pagi ayah kita akan bawa anak naik motorsikal sebelum matahari terbit sepenuhnya untuk menghantar ke sekolah tetapi sekarang situasi itu tidak kelihatan lagi.

Dengan keadaan yang melanda dunia sekarang, pembelajaran di sekolah tidak diteruskan kerana kita masih belum menang dengan Covid.

Cikgu Mar4h Ayam Berkokok

Satu video telah dimuat naik di facebook dan mendapat perhatian netizen. Video tersebut menunjukkan seorang guru sedang bersiap sedia untuk mengajar anak murid secara online.

Dimulakan dengan ucapan selamat pagi memang jelas kelihatan cikgu ini bersemangat untuk mengajar anak murid.

Tetapi kedengaran bunyi ayam berkokok waktu pagi agak kuat. Yang mencuit hati netizen adalah apabila ayam itu berkokok terlalu kuat sehingga buat cikgu ini terpaksa keluar loghat kelate. Hehe!

Jom tengok Video:

Sumber : AwattSyeikhhh Network

“Dua-Dua Mata Sembab Dan…” Peminat Perasaan Sesuatu Pada Ayda Jebat Dan Nabil Mahir