Selebriti tempatan, Mizz Nina, 38, menerusi akaun Instagram miliknya menyeru kepada golongan wanita agar menyahut cabaran hijab Ramadan sempena 30 hari berpuasa.
Menurut Nina, tindakan tersebut menunjukkan tanda solidariti terhadap golongan muslimah di seluruh dunia yang sering didiskriminasi atau ditindas sesetengah pihak gara-gara menuruti perintah Allah.
“Tanpa mengira agama mahupun kepercayaan, saya harap semua wanita bersatu hati menyahut cabaran ini beserta tanda pagar #Hijab30!
“Pakai tudung bermula pada hari pertama hingga hari terakhir Ramadan yang jatuh pada 4 atau 5 Jun depan.
“Galakkan ahli keluarga dan sahabat handai agar sama-sama menyatakan sokongan mereka, sekali gus menentang golongan Islamofobia,” tulis Nina mengajak para pengikutnya.
Bekas ahli Teh Tarik Crew itu juga menyarankan supaya setiap individu kongsikan pengalaman masing-masing sepanjang mengambil bahagian dalam cabaran tersebut di media sosial berserta tanda pagar #Hijab30.
Difahamkan, cadangan diusulkan oleh isteri Noh Salleh itu adalah bersempena tahun keenam penghijrahannya yang menyaksikan Nina tekad bertudung.
Daripada seorang artis yang sering kelihatan seksi, pertukaran pakaian Nina perlahan-lahan menampakkan ciri-ciri wanita muslim yang memelihara auratnya.
Bahkan, perkongsian Nina itu menerima maklum balas positif daripada para pengikutnya yang memberi kata-kata semangat dan idea-idea bernas bagi tujuan penambahbaikan. – MHE TV
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHE TV