Adakah Perlu Total Lockdown, Menteri Ismail Sabri Jelaskan Apa Akan Terjadi Jika Kerajaan Laksanakan Arahan Itu

PUTRAJAYA, 26 Jan – Negara bakal menanggung kerug1an yang besar sekiranya ‘total lockdown’ seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak dijalankan.

Menteri Kanan (Kluster k3selamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan tersebut juga tidak dipersetujui oleh sebilangan besar rakyat, terutamanya golongan peniaga dan golongan kurang berkemampuan.

“Sebanyak 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan, 2.5 juta pekerja terjejas pendapatan dan sukar meneruskan kelangsungan hidup.

“(Manakala) kumpulan B40 akan hilang pendapatan dalam tempoh sebulan, dianggarkan RM6.45 bilion dengan purata RM2,400 untuk satu keluarga,” katanya dalam sidang media PKP hari ini.

Dalam pada itu, risiko tersebut turut dibuktikan dengan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SKM).

“Menurut laporan SKM, sejak pelaksanaan PKP pada Mac hingga Oktober 2020, sebanyak 13,445 syarikat telah tutup operasi, tutup operasi bermakna ramai yang telah kehilangan pekerjaan.

“Bila hilang pekerjaan dalam keadaan seperti ini maka rakyat semakin susah akibat daripada ‘total lockdown’ seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pihak.

“Sebab itulah kerajaan sebelum membuat keputusan, kita pertimbangkan antara keperluan menjaga k3sihatan dan keperluan menjaga ekonomi,” tambahnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan sesetengah pihak yang mahukan total lockdown atau penutupan sepenuhnya seperti PKP 1 dilaksanakan.

Menurut Ismail lagi, dakwaan tular tersebut ternyata telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat sehingga berlaku pembelian panik.

Bagaimanapun, kerajaan melalui Majlis k3selamatan Negara (MKN), Kementerian k3sihatan (KKM), Kementerian Kewangan dan Bank Negara akan mengadakan perbincangan lanjut dan sebarang keputusan terkini akan dimaklumkan sebelum 4 Feb nanti.

Dalam masa sama, KKM turut akan membincangkan tentang prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat kelak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Siakap Keli