Semalam, viral di media sosial kisah Azmi Zainal, atau lebih popular dengan gelaran Bos Susu yang telah mengambil alih sebuah kilang jem jenama IXL di Australia. Ramai juga netizen yang tumpang happy dengan berita tersebut.
Yelah kalau ikutkan, Bos Susu memang dah cukup popular dalam kalangan peminat dengan produk susu Farm Freshnya. Lebih-lebih lagi selepas dia menjadi penaja program Gegar Vaganza selama dua musim. Memang ramai yang suka cara dia buat marketing, cukup sempoi dan tidak menjengkelkan.
Tapi, tiba-tiba keluar pula cerita yang rupa-rupanya, susu Farm Fresh bukan produk orang Melayu. Alamak!
Perkara itu telah dided4hkan oleh seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad semalam dan mendapat perhatian dari netizen.
Menurut Aliff, berdasarkan cariannya di Interepo, syarikat Farm Fresh Milk Sdn Bhd sebenarnya dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd. Kalau korang nak tahu, ada dua orang pengarah yang bertanggungjawab menguruskan syarikat tersebut iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin.
23.3% daripada The Holstein Milk ini pula dimiliki oleh Farmchoice Food. Dalam syarikat ini, Bos Susu hanya mempunyai 1.3% sahaja dari k3seluruhan syarikat. Kiranya, majoriti pemilikan syarikat tersebut bukannya dalam kalangan orang Melayu, tapi pasangan adik-beradik Loi dan Tan Chow Yin dari Singapura.
“Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim dan Bumiputera,” katanya.
Kata Aliff, niatnya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana individu, tetapi dia cuma ingin mendidik netizen untuk percaya sesuatu maklumat berdasarkan bukti.
Bahkan dalam Islam juga ada mengajar kita konsep tabayyun yang bermaksud selidik dengan teliti.
Walaupun begitu, isu ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Ada yang masih setia, dan ada juga yang terus boikot. Alahai, kalau bukan susu milik orang Melayu, tak boleh minum ke?
Terpanggil dengan isu ni Bos Susu akhirnya beri penjelasan.
Ya… pegangan saham saya mmg kecil, mana bisa orang yg dah down dlm bisnes dan meniaga d pasar mlm punya byk wang utk memiliki saham yg besar… pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta… selepas 11 tahun nilai sykt kami melonjak berlipat2 kali ganda atas usaha keras kami…
Alhamdulillah nilai share yg kecil tu jadi byk juta nya… syukur ke hadrat allah yg mengeluarkan aku dari kesusahan… berpanas berhujan berniaga, di tengking bangla ketika saya merchandise d Mydin, menitik peluh bawa lori hantar susu ke supermarket sampai basah spenda kerana lori tiada aircond… ni semua kerana sy x belajar betul2 apatah lagi sbb sy x belajar d australia✌️
Dalam perjalanan perniagaan bersama farm fresh… bohonglah kalau saya kata bukan RM yg saya kejar, tapi bagi saya kejayaan paling besar ialah mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat malaysia… 634 peluang pekerja dapat kami berikan… ramai anak2 luar bandar d muazam mendapat munafaatnya dan bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, tapi ramai yg kami angkat menjadi tenaga kerja professional, kami latih, kami didik mereka…
Buka kilang d pendalaman ni byk kekurangannya… tiada manager atau engineer yg profesional mahu bekerja dan tinggal di pendalaman… beberapa kali kami cuba bawa mereka dan tawarkan gaji tinggi… mereka cabut kerana mereka tidak biasa hidup d luar bandar… apalah lagi pilihan yg kami ada… kami latih anak2 muazam yg berbakat untuk menggalas tugas ini… alhamdulillah mereka semakin bagus dan komited utk membangunkan syarikat serta tempat lahir mereka. Dan 80% dari mereka adalah melayu islam… bangsa saya dan bukan bangsa australia✌️
Pada tahun 2016 lapuran AC Nielson menunjukkan pegangan jualan atau market share farm fresh dlm segmen susu segar sebanyak 39%. Pada masa itu competitor kami mula bertindak balas dan mereka berusaha bersungguh2 untuk mengejar kami, mereka labur puluhan juta… terpampang lembu mereka di tiang jejantas sepanjang federal highway, palang tol, signboard juga… dan ada juga yg bawa mascot lembu masuk buletin utama… pada waktu tu kami cuma blh melihat sahaja kerana belum mampu untuk buat macam mereka… khazanah minta kami agresif untuk serang balas… brader jawab..”kita x buat apa2 pun allah dah bantu kita… susu kita tetap habis dan sentiasa x cukup… x perlu b4zir wang”…alhamdulillah atas jalan yg allah permudahkan🙏
2016 Kami mula expand bisnes secara agresif… kami tingkatkan kan pengeluaran kami tambah lembu, tambah ladang dan besarkan kilang… ni semua perkara mudah… ada duit semua blh buat… kami buat kerana kami mahu produk ini mencapai keseluruh pelusuk malaysia… bila semua tempat dah ada barulah kita blh masuk TV bilang brader pada lembaga pengarah.
Pada 2016 juga brader cetuskan ilham program micropenuer kami yg kami panggil Home Dealer… mereka jual susu. Pada asalnya niat brader untuk suri2 rumah tambah pendapatan untuk bantu suami dlm perbelanjaan isi rumah. Tapi suri2 rumah ini sangat berbakat dan bersemangat… mereka bukan hanya jual pada jiran2 tapi mereka berjualan d carboot sale, masuk expo, jual kat kedai2 dan kini bilangan mereka mencapai lebih dari 2000 orang dan bukan suri rumah shj.
Ramai juga para pekerja kerajaan dan swasta yg buat part time jual susu bagi membantu ekonomi keluarga…dan jumlah jualan mereka(home dealer sahaja) pada tahun 2020 mencapai 150juta. Ramai di kalangan mereka sudah punya kedai sendiri, ada van dan lori untuk menghantar susu… kami modalkan dulu tanpa sebarang guarentor atau bank deposit, kami ambil risiko kredit untuk bantu mereka….98% dari mereka adalah bangsa saya bangsa melayu malaysia dan bukan juga bangsa melayu australia🤪
Saya bangga blh cerita dgn anak2 saya bila kami bertemu… bagaimana ayahnya berusaha meningkatkan pendapatan golongan b40… tapi bagi saudara aliff 111 mungkin dia bangga dan bilang pada anak dia… “hari ni papa dah malvk4n boss susu… meh tengok kat fb… ramai orang puji papa sebab papa pandai cari maklumat… nanti papa ajar anak2 macam mana nak buat…” tapi alhamdulillah saya x ajar anak saya begitu… saya ajar anak saya untuk jadi insan berguna agar bisa berbakti pada negara… hasil jadi tunggangan cina dan tungangan home dealer😝… kedua2 anak saya menjadi doktor… alhamdulillah dan syukur pada allah yg tidak putus2 menunjukkan jalan dan membantu brader…
saya juga ucapkan terimakasih pada mereka yg terus menyokong saya dan syarikat farm fresh… hanya allah sahaja yg bisa membalas budi baik kalian🙏
Tapi, kalau dah produk yang dikeluarkan berkualiti dan sedap, apa salahnya kalau masih nak beli, kan?
Terpulanglah pada pendapat masing-masing. Kalau tak nak beli, banyak lagi pilihan lain yang korang boleh tengok dekat kedai sana. Yang penting, makanan tersebut diyakini halal.
Sumber FB Boss Susu
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.two.e-kesah.com