Ainan terkejut peminat mengetahui identitinya meskipun dia mengenakan niqab.
PENYANYI Ainan Tasneem mengakui terkejut apabila orang ramai mengetahui identiti dirinya meskipun dia mengenakan niqab.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 27, berkata perkara itu disedarinya apabila ada sahaja peminat yang menghantar mesej peribadi memberitahu terserempak dengannya sewaktu keluar bersama keluarga.
“Saya pelik… sudah banyak kali kalau balik daripada keluar jalan-jalan dengan keluarga, tak lama lepas tu mesti ada sahaja beberapa orang yg DM (direct message) beritahu mereka nampak saya tapi segan nak tegur.
“Dah kenapa? Saya ok sahaja kalau anda tegur.
“Sebaliknya rasa terharu sebab ada juga yang perasan saya walaupun sudah pakai purdah, orang masih boleh perasan, jelasnya.
Ainan berkongsi kisah itu di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Ainan terharu peminat turut mengenali suami dan anak-anaknya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia sebelum ini membuat keputusan untuk mengenakan niqab apabila dia dan suami tidak selesa berhadapan khalayak ramai.
Tambah Ainan, dia juga berasa terharu apabila ramai peminat turut mengenali suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi serta anak-anak.
“Lebih terharu apabila ada juga yang kenal saya sebab nampak Salsabiela dan Ariff. Ramai yang kenal keluarga saya rupanya…
“Siap bagi doa yang baik-baik buat kami sekeluarga. MashaaAllah TabarakAllah, semoga doa yang baik-baik tersebut berbalik kepada kamu semua.
“Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian di luar sana,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: