Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Beby tampil mempertahankan adiknya selepas menerima kec4man daripada warganet yang tidak berpuas hati dengan foto yang menunjukkan dia sedang mengep4m susu badan
Dalam foto itu, Emma kelihatan tersenyum sewaktu berjalan dan dalam masa sama sedang mengep4m susu badan untuk anak sulungnya.
Menurut Beby, tindakan yang dilakukan Emma itu tidak salah kerana tidak menampakkan perkara yang mem4lukan.
“Sebagai ibu menyusu kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak m4lu, tengah pam pun nak tunjuk.
“Eh yang komen tu mesti belum ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodooooo (b0doh) berguni-guni tau.
“Bagi saya tidak ada yang pelik dengan gambar ini. Tak ada nampak apa-apa atau tunjuk apa-apa pun. Sama ja macam normal Outfit Of The Day (OOTD). Jadi apa nak malunya?” tulisnya di Instagram Stories.
Tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia juga akan mengepam susu tidak kira di mana saja berada termasuklah di depan staff dan di pusat membeli belah.
“Saya kat pusat membeli-belah sambil shopping pun masih boleh pam. Tengah kerja depan staff pun boleh pam.
“Bukannya tunjuk tet** atau pegang pam tu. Kita pam demi anak,” tulisnya lagi.
Hasil pemerhatian Gempak, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengambil tindakan dengan menutup ruangan komen di posting dirinya mengenakan baju berwarna biru itu.
View this post on Instagram
Sumber : Gempak