Menjadi kaum wanita ni bukannya mudah, kejap-kejap kena jaga muka, jaga makan dan paling susah sekali ialah nak jaga badan!
Kalau dapat maintain body slim sepanjang masa pun dah rasa bertuah, tapi biasanya susah juga nak maintain kurus kan?
Sama juga la buat pelakon yang namanya kini semakin hari semakin bertambah berseri, iaitu Janna Nick.
Seperti biasa sebelum bersiaran di program Melodi, Janna akan memuat naik fotonya bagi mempromosikan program tersebut di laman sosialnya.
Melalui foto tersebut dapat dilihat Janna kelihatan agak ramping ditambah pula dengan dress berwarna emas tersebut, menampakkan lagi kejelitaan pelakon dan pengacara berusia 26 tahun itu.
Selain menerima komen pujian, ada juga beberapa peminatnya menegur bahawa Janna kelihatan agak kurus berbanding penampilannya di dalam drama Melastik Ke Hatimu yang menggandingkan dirinya bersama dengan Andi Bernadee.
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji pinggang Janna yang ramping bak kerengga!
Bagi menjawab soalan yang diajukan mengapa menerusi drama tersebut badannya kelihatan agak berisi, dengan selamba Janna menjawab bahawa semua itu mengikut musim cuaca sahaja.
Alamak! Agak-agaknya kena maintain cuaca apa kalau nak body meletup macam Janna ni ya?
Apa pun, jangan lupa saksikan drama Melastik Ke Hatimu setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3.
Sumber foto: Instagram Janna Nick
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-ramping-macam-kerengga-dalam-drama-nampak-berisi-peminat-puji-janna-nick-kurus/