Kerana Terlalu Obses, Lelaki Ini Sanggup B4kar Toyota Alphard Milik Artis Pujaannya

Pada hari Isnin yang lalu, mahkamah Pengadilan Negeri Sidoarjo, Jawa Timur menjatuhkan hukvman enam tahun penj4ra ke atas Pijie, tertuduh yang telah membakar kereta Toyota Alphard milik seorang artis Indonesia, Maulidia Octavia atau lebih dikenali sebagai Via Vallen pada tahun lalu.

Mengikut kronologi kejadian, Pije yang terlalu obses dengan Via Vallen sanggup datang dari jauh dengan bertukar-tukar trak selama tiga hari untuk berjumpa penyanyi pujaannya yang berada di Sidoarjo, Jawa Timur.

Sumber Gambar: Jawapos.com

Sumber Gambar: Solopos

Tertuduh yang berusia 42 tahun mengaku kepada pihak p0lis dia telah memb4kar Toyota Alphard pada bulan Jun tahun lalu kerana berasa ‘s4kit hati’ setelah gagal berjumpa dengan Via Vallen sebanyak dua kali.

Pijie juga dipercayai sudah berada di kawasan Sidoarjo selama tujuh hari sebelum dia nekad mahu memb4kar kereta milik Via Vallen. Dia turut mengaku menjumpai lokasi rumah artis pujaannya melalui media sosial.

“Saya teringin berjumpa dengan Via. Saya mencari lokasi rumahnya melalui media sosial. Setelah itu saya bertanya orang-orang di sekeliling untuk dapatkan lokasi sebenar Via tinggal,” kata Pijie.

Berhati-hatilah semasa memuat naik informasi peribadi kita, lebih-lebih lagi lokasi tempat tinggal atau di mana kita sedang berada kerana kita tidak tahu siapa ‘peminat’ akan datang tanpa diundang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/kerana-terlalu-obses-lelaki-ini-sanggup-bakar-toyota-alphard-milik-artis-pujaannya/