SELAKU salah seorang pencipta lagu Ramp4s, bekas anggota kumpulan Akim & The Majistret iaitu Zimi menegaskan model Jade Anh tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan babaknya dalam video muzik lagu tersebut dibu4ng.
Menurut Zimi, 37, model berketurunan Jerman-Vietnam itu hanya dibayar untuk menjadi model dalam MV tersebut namun keputusan untuk menapis aksinya atas persetujuan pihak syarikat rakaman.
Jelas pemilik nama Zarimi Zahari ini, keputusan itu dibuat selepas dinilai aksinya tidak bersesuaian dengan jalan cerita memandangkan lagu tersebut dicipta khas untuk arw4h ibu kepada penyanyi Akim Ahmad.
Zimi sebelum ini memuat naik status mengenai kontroversi MV r4mp4s.
“Sebenarnya dia tak ada hak pun nak bersuara mengenai MV r4mp4s dan tak hak nak minta penjelasan kenapa babak dia dibu4ng sebab keputusan semua atas pihak ATM!
“Dia tak sepatutnya nak pertikaikan pun sebab dia terima bayaran bukannya tak dapat apa-apa. Kalau babak dia kena bu4ng ke ikut suka pihak kami la yang menentukan.
“MV itu pun milik cipta syarikat rakaman dan aksinya dalam MV itu pun memang tidak bersesuaian dengan jalan cerita lagu r4mp4s yang dicipta khas untuk arw4h ibu Akim,” kata Zimi kepada mStar.
Pada Jumaat, model tersebut mendedahkan aksinya terpaksa ditapis kerana isteri kepada Akim iaitu Stacy Anam cembvru menonton babak-babak dalam MV berkenaan.
Mesej yang dihantar individu tersebut telah merumitkan lagi keadaan.
ZIMI
KOMPOSER
Menyedari ciapan tersebut ditujukan kepadanya, Akim menjelaskan tindakan pihaknya menapis beberapa babak yang menampilkan wanita terbabit kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat.
Isu itu menjadi semakin kecoh apabila Jade tampil mendedahkan bukti mesej yang dihantar individu yang bertanggungjawab terhadap MV itu.
Bagaimanapun model berusia 21 tahun itu gagal membuktikan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa sifat cembvru isteri Akim iaitu Stacy adalah punca MV r4mp4s disunting semula.
Jade membuat permohonan maaf kepada Akim dan Stacy.
Dalam pada itu, Zimi yang juga seorang komposer memberi teguran kepada Jade dan mana-mana pihak terlibat supaya tidak menyebarkan sebarang footage atau video MV sebelum ditapis.
“Saya nak beri teguran kepada dia dan pihak yang terlibat supaya tidak menyebarkan footage atau video yang sudah disunting itu di mana-mana platform. Pihak produksi yang terlibat dalam MV itu pun tidak boleh sebarkan apa-apa.
“Individu yang mesej Jade itu pun tak ada kebenaran untuk menjelaskan kepada Jade kenapa beberapa babak dalam MV itu ditapis. Mesej yang dihantar individu tersebut telah merumitkan lagi keadaan.
“Jadi, saya harap tiada pihak yang cuba menyebarkan apa-apa melibatkan MV itu tanpa kebenaran syarikat rakaman jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via ViralMy