Membuka lembaran Ramadan tahun ini pastinya sangat bermakna buat pengarah popular yang juga merupakan saudara baharu dalam Islam iaitu Michael Ang. Semua sedia maklum Michael Ang telah memeluk Islam sejak Februari tahun lalu namun merahsiakannya dari pengetahuan umum.
Sehinggalah baru-baru ini, dia terbuka hati untuk berkongsi kisah sebenar sepanjang lebih setahun menjadi seorang Muslim. Bercerita tentang ibadah puasa, kata Michael tahun lalu dia berjaya melakukan dengan baik dan hanya beberapa hari sahaja tertinggal.
“Sebelum memeluk Islam saya tidak pernah terfikir untuk berpuasa. Tahun lalu merupakan kali pertama saya berpuasa. Tidaklah susah sangat menahan lapar dan dahaga.
“Semuanya baik-baik sahaja,” ujar Michael yang berharap dapat berpuasa penuh tahun ini.
Mula terbuka tentang kisah penghijrahannya, Michael akui merasa amat lega kerana tidak perlu lagi berselindung.
“Awalnya saya juga bimbang dikecam apabila mula berkongsi kisah ini. Namun syukur ramai yang memberi sokongan.
“Sekarang saya boleh menjadi diri sendiri dan tidak perlu menyorok lagi. Paling utama, saya mahu menunaikan solat Jumaat di masjid. Alif Satar sudah berjanji akan ke masjid bersama,” cerita Michael lagi.
Sempena Ramadan ini juga, dia akan muncul dalam program Michael Ang’s Halal Kitchen di saluran Astro Ria. Dalam rancangan tersebut Michael berkongsi resipi yang sebelum ini dikenali sebagai tidak halal namun disediakan dengan bahan-bahan halal dan boleh dinikmati oleh umat Islam.- MHE TV
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHE TV