Memang ada kelebihannya bila hidup bujang ni. Ye lah, cuma perlu fikir untuk diri sendiri sahaja kan. Namun jika ditanya kepada golongan yang sudah berkahwin, lain pula ceritanya. Bagi mereka, hidup berkeluarga lebih seronok dan membahagiakan.
Bagi kaum lelaki yang pernah berkahwin namun kembali bujang atau lebih tepat dipanggil duda, faktor berada di zon selesa sedikit sebanyak membuatkan mereka enjoy apabila dapat kembali menikmati gaya hidup orang bujang.
Perkara tersebut turut diakui pelawak dan penyampai radio Suria FM, Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali dengan nama Issey, 32.
Pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 namun bercerai pada Ogos 2016, Issey akui tempoh tiga tahun menduda berlalu begitu cepat dan membuatkan dia lupa untuk mencari pengganti.
“Jujurnya memang la ada perasaan untuk kembali berumah tangga. Saya juga dalam proses ke arah itu. Niat di hati tu memang nak cepat tapi itu lah kena fikir beberapa faktor lain juga.
“Satu masalah ialah apabila saya terlalu selesa dengan status duda, rasa best, seronok jadi bila nak pilih seseorang untuk berkawan, saya kena betul-betul bersedia dalam menjalin hubungan yang serius,” dedah Issey kepada MHE TV.
Ditanya tentang hasrat untuk kembali bergelar seorang suami, anggota kumpulan Titan ini tidak berahsia malah mensasarkan tahun hadapan sebagai tahun terakhir sebagai seorang duda.
Mengambil iktibar daripada kegagalan lalu, Issey mahu memastikan dirinya mampu menjadi suami yang lebih baik untuk mengemudi bahtera rumah tangga sementelah dengan usia yang semakin meningkat, kematangan juga mengiringi setiap tindakan.
View this post on InstagramOrang kata kalau bergambar mata kecik macam ni, nampak look pan asian . Betul ke? #gengissey
“Saya akui dahulu masing-masing ada kesilapan dan gagal membentuk keluarga dengan sempurna.
“Pada perkahwinan yang akan datang, saya harap dapat perbaiki diri untuk menjadi pemimpin keluarga yang lebih baik,” ujar Issey mohon dipertemukan jodoh dengan wanita yang dapat memahami diri dan kerjayanya.
Dalam perkembangan lain, selain sibuk di konti, Issey yang kini bergelar penyanyi bersyukur kerana singlenya Alololo semakin mencuri perhatian peminat.
Tahun ini juga, Issey kembali merancakkan aktiviti lakonan dan baru sahaja tamat penggambaran dua buah telemovie berjudul berjudul Geng Van Jen4zah dan Hantu Don selain beberapa program lawak bersama seorang lagi anggota Titan iaitu Ammar. – MHE TV
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHE TV