Tahniah! Dah Lengkap Sepasang, Ana Dahlia Selamat Timang Bayi Lelaki!

Tahniah buat pelakon Ana Dahlia yang kini sudah pun selamat melahirkan bayi keduanya seorang bayi lelaki.

Menerusi instagramnya, Ana turut berkongsi sebuah video bayi comel dengan kapsyen menjurus kepada kelahiran bayi keduanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikannya, Ana menyatakan kegembiraannya di atas kehadiran bayi lelaki itu dalam hidupnya.

Terdahulu, awal tahun lalu, Ana memaklumkan yang dia h4mil anak kedua. Dan video terbaru yang dikongsikan Ana itu mengesahkan kelahiran bayinya.

“Welcome to the world!!

My best frd ever, bcoz of u , the love stronger, days shorter , nights longer, bankroll smaller, home happier, clothes shabbier, the past forgotten & the future worth living for.

“Alhamdulillah for everything.. love #baby #newborn #newbornbaby #newlife #newlifestyle #babyboy #happiness #family,” kongsinya di ruang kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ana Dahlia (@anadahlia2106)

Terdahulu, sekitar Ogos tahun lalu, sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dengan ‘baby bump’ menarik perhatian ramai.

Ana tidak berdiam diri malah turut mengesahkan berita gembira keh4milan tersebut menerusi ruang komen.

“Ya saya h4mil, tunggu masa sahaja lagi ni,” katanya terbuka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ana Dahlia (@anadahlia2106)

Ana yang digilap bakatnya dalam program realiti Pilih Kasih itu berkahwin dengan Ashraf, iaitu anak pengarah, Datuk Jurey Latiff pada 31 Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dian Aqilah dan kini seorang lagi anak lelaki.

Sumber: @anadahlia2106 & @dian.aqilah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa&Ma