Emak mertua kepada penyanyi dan anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, meningg4l dunia pada Sabtu lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Cik Manggis berkongsi luahan dan kapsyen yang menyentuh hati kepada emak mertuanya, Farida Hassan.
“Mak tau kan kita sayang mak sangat-sangat,tapi Allah lebih sayangkan Mak. Dia jemput Mak dalam keadaan yang sangat baik.
“Mak pergi dalam keadaan senyum, urusan mudah, cuaca panas tapi tempat Mak redup. Segalanya dalam keadaan baik sebab Mak orang baik.
“Tak pernah tindas orang, selalu sayang orang. Anak orang pun mak layan macam anak sendiri termasuk Wani.
“Untung Wani dapat Ibu Mertua macam Mak. Mak kerja kuat sangat kat sini, tiba masa Mak rehat ya.
“Semoga Mak tenang dan bahagia di Syurga tertinggi disisi Abah. In shaa Allah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata tersentuh dengan luahan yang dilakukan oleh Cik Manggis dan berharap agar keluarganya tabah dengan dugaan ini.
Cik Manggis mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2015 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini menerusi kumpulan De Fam.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak