“Boleh Lah Anda Ke Pub & Kel4b Malam, Ya!”- Datuk Adi Putra Sound Kerajaan?

Pada 4 Februari yang lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sudah tentu terdapat beberapa perubahan. Salah satunya kerajaan telah membenar pengusaha-pengusaha kel4b malam dan pub meneruskan operasi sehingga pukul 10 malam.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada beberapa syarat. Di antaranya penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran. Namun kebiasaannya pub dan kelab malam jarang kita dengar dikunjungi untuk membeli makanan atau minuman. Pub atau kelab malam selalunya menjadi tempat lepak-lepak atau berhibur.

Hal ini turut mendapat perhatian pelakon, Datuk Adi Putra. Melalui akaun instagramnya, Adi Putra seolah-olah menyindir keputusan Kerajaan membenarkan Pub dan Kelab Malam beroperasi sehingga jam 10 malam. Adi Putra memuatnaik gambar SOP terbaru yang dikeluarkan oleh MKN dan menulis kapsyen.

“HEBAT!! Byk yg komen negative bila saya update status, kini Tahniah, boleh lah anda semua ke Pub dan Kelab malam ya”-

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)

Terdahulu, Adi Putra menggesa pemimpin persatuan yang mewakili penggiat seni untuk membela nasib anak seni ketika musim PKP.

“Kalau pasar malam, tapak pembinaan, salun dan kilang boleh beroperasi, tapi kenapa tidak kami (anak seni). Sedangkan di kilang beratus orang berkumpul di satu tempat dan boleh bekerja dengan kluster paling banyak adalah dari kilang. Apa alasan sehingga kami tidak boleh bekerja? Siapa yang menjaga kami? Menteri? Finas? Persatuan?

“Tak kisahlah nak cakap anji1ng menyalak bukit atau apa, tapi mana atau siapa akan membela industri hiburan ini. Bayar yuran setiap tahun untuk apa? Saya fikir lebih baik yang duduk menjadi nakhoda atau menerajui jawatan tertinggi itu silalah pertimbangkan atau lebih baik anda turun (letak jawatan). Tidak perlu duduk lama sangat atas tu.”- katanya dalam salah satu posting di Instagramnya.

Luahan Adi Putra ini bukanlah untuk kepentingan peribadi tapi seluruh penggiat seni dan sektor pekerjaan yang terkesan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : https://murai.my/2021/98212/adi-putra-kesal-boleh-lah-anda-ke-pub-kelab-malam-ya/