Sharnaaz Ahmad gembira dapat bermalam dengan Jebat – “Aku g4gal dalam perkahwinan, tapi pasti menang menjadi bapa terbaik”

WALAUPUN rumah tangga yang dibina musnah di tengah jalan, namun pelakon Sharnaaz Ahmad masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Noor Nabila Mohd Noor demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Kata Sharnaaz, 36, dia sangat bersyukur apabila berpeluang meluangkan masa dengan Jebat yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya.

“Tak semua mendapat kebahagiaan berumah tangga, tapi yang pasti jika dikurniakan zuriat, itu satu jenis nikmat Allah bagi pada kita.

 

Saya gag4l dalam perkahwinan, tapi saya pasti menang menjadi seorang bapa yang terbaik untuk Jebat.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

“Apabila saya dapat luangkan masa dengan Jebat macam ini, ini adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi saya,” katanya.

Menurut Sharnaaz, sejak bercer4i pada Julai tahun lalu, ini merupakan kali kedua Jebat bermalam di rumahnya.

“Ini merupakan kali kedua Jebat duduk dengan saya. Aku gag4l dalam perkahwinan, tapi saya pasti menang menjadi seorang bapa yang terbaik untuk Jebat.

“Saya sayang Jebat sampai hujung nyawa,” luah pelakon filem Juvana itu.

Jebat meluangkan masa hujung minggu bersama bapanya pada Ahad.

Menerusi perkongsian video, Sharnaaz berkata dia juga menyedari anaknya itu sudah mula menunjukkan minat dalam bidang muzik apabila gemar bermain-main dengan gitar.

“Sekarang ni dia tengah explore apa yang ada di rumah saya.

“Rumah saya biasa-biasa sahaja, tak perlu kaya untuk bahagia… itu yang penting.

“Saya pun baharu sahaja tahu yang Jebat ni suka gitar,” katanya lagi.

Sharnaaz berkahwin dengan Nabila yang juga kakak kepada Neelofa, pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar