Pasangan kekasih dikomp4un ‘dating’ tepi sungai

PARIT BUNTAR – Sepasang kekasih yang dikesan duduk berdua-duaan di pinggir Sungai Kerian dikenakan tindakan komp4un RM1,000 pada Isnin.

Dalam pemeriksaan sekitar jam 4.15 petang itu, lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya 21 tahun itu didapati telah mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pemeriksaan ke atas pasangan itu mendapati, wanita berkenaan yang beralamat di Bandar Baharu telah melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Abdul Raof iaitu sempadan Perak-Kedah dengan alasan pergi ke bank.

“Atas budi bicara pihak polis, wanita itu dibenarkan melepasi sekatan berkenaan. Namun, setelah urusannya selesai, dia telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan teman lelakinya yang tinggal di Taman Seri Semarak, di sini.

“Rutin rondaan dilakukan anggota Balai Polis Parit Buntar telah menemui wanita itu duduk berdua-duaan dengan seorang lelaki di pinggir sungai berkenaan yang mana ia tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Menurutnya, komp4un terhadap pasangan itu dikeluarkan mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 2020.

“Polis sentiasa menggunakan budi bicara kepada masyarakat, namun jika didapati disalah gunakan tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Mazuki ditemui pemberita ketika menyampaikan 200 beg bungkusan kepada pengguna jalan raya yang melalui SJR Jalan Abdul Raof dan Jalan Dewan, di sini pada Selasa.

Beg berisi pelitup muka dan risalah kesedaran rasuah itu sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Team Kampit Rezeki dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak.
 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar