Ibu Aiman Tino Digelar Mentua Dari Ner4ka -“ Nasib Lah Siapa Yang Sangkut Dengan Keluarga Makcik”

Ibu penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil digelar mentua dari ‘ner4ka’ oleh netizen menerusi mesej peribadi di akaun Instagram (IG) miliknya.

Paparan skrin mesej tersebut didedahkan sendiri oleh Hazelina di satu kemas kini di IG miliknya.

Individu tersebut seolah-olah memberitahu malang bagi wanita yang bakal menjadi isteri kepada anak lelakinya itu.

“Ciri-ciri mak mentua dari ner4ka. Nasib lah siapa yang sangkut dengan keluarga makcik huuuu ngeri,” kata warganet tersebut.

Terdahulu, kecoh dan hangat sebentar apabila ibu pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu mendakwa anaknya menghilangkan diri kerana dikawal oleh seorang perempuan.

Hazelina tidak mendiamkan diri, malah menerusi ruangan kapsyen entri tersebut dia memberitahu apa yang netizen lihat hanya luaran sahaja.

“Tak kenal maka tak cinta. Ner4ka tu kau, anak aku aku nak bawa ke syurga,” balasnya.

Sementara itu, Hazelina turut membalas pertanyaan Gempak mengenai perkembangan anaknya.

“Buat masa ini, saya bagi Aiman buat penerangan dahulu, maaf ya,” katanya ringkas dan tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Isu ‘kehilangan’ Aiman mula menjadi bualan selepas ibunya menulis luahan rasa terkilannya dengan sikap anaknya di laman sosial

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Riena yusri (@yusririena)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK