[VIDEO] Gelagat Ardell Aryana Buat Tutorial Tudung Pada Anak Buat Ramai Terhibur

Pelakon Ardell Aryana mencvri tumpuan wargamaya apabila bekongsi video tutorial tudung yang dikenakan pada anak perempuannya, Arwa Malaikha Urwa, 1 tahun.

Menerusi laman sosial Instagram, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

“Hari ini model saya nak tunjuk tutorial set Hawa yang siap sarung, ironless, tak panas dan selesa bila pakai,” tulis Ardell menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu, Ardell dilihat mengenakan tudung mudah sarung kepada anaknya yang tenang dan gembira apabila dipakaikan hijab tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Urwa yang bersahaja dan comel apabila dipakaikan tudung.

“Masya-Allah dia duduk diam je bila ummi pakaikan. Geram nak kiss dia,” komen seorang wargamaya.

“Eee bagusnya dia, senyap je bila orang pakaikan tudung,” puji seorang wargamaya.

“Comelnya, pandai dia diam bila orang sarungkan tudung tu,” kata seorang wargamaya.

“Alololo baiknya, dia tak tarik pun tudung tu bila dipakaikan,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan oleh pengikutnya.

Sekadar info, Ardell mendirikan rumah tangga dengan Nadzmi Adwa pada 1 September 2019.

VIDEO :

“Berpeluh Peluh Macam Joging Nak Bagi Susu …” – Nadzmi Adhwa Sedar Tak Mudah Jaga Anak Tanpa Isteri

Terdahulu Pelakon Nadzmi Adhwa akui tidak mudah untuk menguruskan anak yang masih kecil tanpa isteri di sisi, Ardell Aryana yang kini berada di Sabah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan.

Menurut Nadzmi, 28, sebelum ini Ardell yang menguruskan anak mereka, Arwa Malaikha Urwa yang baru berusia 6 bulan sepenuhnya.

“Berpeluh peluh macam joging nak bagi susu kat anak. Baru tau bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita ja.

“Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita, tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini mengingatkan Ardell supaya menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan segelintir orang.

Tambahnya, sebagai suami dia lebih tahu niat Ardell dan akan terus memberikan semangat.

“Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana, don’t worry about us !

“We’re fine. we always have your back! Keep helping those people in needs.

“Jangan bersed1h, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah reda,” tulisnya lagi.

Ardell difahamkan sudah berada di Sabah sejak beberapa hari lalu bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau itu.

Berikutan masih ramai penduduk di Sabah memerlvk4n bantuan, mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun 550510970142 (Yayasan Dana Kebajikan Muslim).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : trendingsangat via ViralMy