SHAH ALAM – Kes c0v1d-19 di Malaysia diramalkan meningkat sehingga 20,000 j4ngk1tan setiap hari bermula 3 Mac tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 j4ngk1tan.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menurunkan angka j4ngk1tan yang diramalkan.
“Mari kita tunjukkan bahawa kita dapat menurunkan angka yang diramalkan oleh IHME seperti yang kita lakukan dengan ramalan JP Morgan untuk pertengahan April 2020.
“Mari kita bersatu dalam menewaskan v1rus ini dan mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri kita, terus fokus untuk memerangi per4ng ini dan melakukan yang terbaik untuk negara.
“Bersama-sama kita rakyat Malaysia dapat wujudkan yang must4h1l dan lindungi orang yang lemah dan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.
Pada April 2020, agensi penyelidikan JP Morgan meramalkan angka positif c0v1d-19 di Malaysia mengunjur meningkat kepada 6,300 kes pada pertengahan bulan itu.
Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila hanya sekitar 4,000 kes dicatatkan di Malaysia pada bulan itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : SinarHarian via TTK