Warga emas yang ditul4r tinggal di rumah usang did4kwa memiliki aset yang bernilai hampir RM1.7 juta dengan mengambil kira hart4nah dimiliki keluarganya.
Keluarga Rokhimah Ismail, 67 turut memiliki enam rumah dengan nilaian semasa hampir RM2 juta.
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pula memberitahu warga em4s terbabit juga merupakan penerima bantuan z4kat bulanan daripada pihaknya.
” Rokhimah atau dipanggil Mak Ngah tidak pernah berk4hwin dan tidak mempunyai anak. Sebelum ini dia tinggal bersama saudara-maranya.
” Keluarganya juga mempunyai beberapa rumah yang lengkap dengan kemudahan asas terletak berhampiran rumah uzur yang ditularkan baru-baru ini,” kata LZNK.
Baru-baru ini tular seorang warga em4s dikatakan terabai dan tinggal keseorang di sebuah rumah usang di Alor Setar.
LZNK turut menjelaskan ada di antara rumah milik keluarga tersebut masih tidak berpenghuni kerana dijadikan rumah sewa yang lengkap dengan bekalan elektrik dan air.
Bagaimanapun katanya Mak Ngah Rokhimah mengambil keputusan untuk tinggal semula di rumah usang bersebelahan rumah milik keluarga berkenaan.
” LZNK cuba memujuk warga emas itu supaya berpindah ke rumah lain milik keluarganya namun dia menolak,” katanya di sini.
Malah perkara itu juga di4kui seorang anak saudara Rokhimah yang dikenali sebagai Shariman.
” Kami sudah cuba memujuk Mak Ngah untuk tinggal di rumah lain milik keluarga tetapi Mak Ngah berker4s nak tinggal di situ (rumah usang).
” Saya bagi pihak keluarga memohon supaya orang ramai tidak s4lah sangka dengan berita yang diviiralkan di media sosial kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej kami sekeluarga,” katanya.
LZNK juga menjelaskan pihaknya turut menawarkan penduduk terbabit tinggal di sebuah Pondok Pengajian yang berada di bawah seliaan lembaga itu yang lengkap dengan kemudahan asas.
Namun m4langnya warga emas terbabit menolak tawaran tersebut. Rokhimah merupakan penerima bantuan kewangan LZNK secara bulanan sebanyak RM200 bermula sejak 2018 sehingga 2020.
Selain dia juga pernah menerima bantuan kewangan z4kat sekaligus sebanyak RM300 pada Disember tahun lepas.
Menurut anak saudaranya Rokhimah turut menerima bantuan ‘Food Bank’ melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid.
Di samping itu Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebanyak RM500 sebulan.
Terdahulu, pada 31 Januari lalu, kisahnya pernah tular di media sosial apabila terpaksa mendiami rumah pusaka yang d4if dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi di Lorong Ayer Puteh, Jalan Pegawai, Alor Setar.
Ketika itu, Rokhimah berkata, rumah yang didiami sejak 1973 itu semakin rosak dimakan anai-anai dan sebahagian besar bumbung rumah b0c0r.
” Saya selalu terjatuh akibat terpijak lantai rumah yang repvt. Keadaan dalam rumah basah setiap kali hujan.
” Tapi apakan daya saya tidak mempunyai wang untuk bina rumah baharu kerana hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM350 dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) RM200 sebulan untuk kelangsungan hidup,” katanya.
Rokhimah berkata, wang itu hanya cukup untuk men4mpung kehidupannya membeli makanan dan barangan keperluan serta membayar bil elektrik dan air.
Katanya, dia lebih senang tinggal di situ walaupun pernah diajak berpindah ke rumah salah seorang adiknya di Jitra.
” Saya pernah memohon rumah daripada LZNK pada Ogos tahun lalu dan sangat berharap rumah pvsaka ini akan dapat diganti dengan rumah lebih selesa,” katanya.
Sumber:harakah dan hmetr0
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : asiakini via TTK