Kehadiran pelakon hebat Shukri Yahaya yang sering membintangi drama tempatan terutama drama pukul 7 malam pasti diingati ramai.
Pastinya insan yang paling terkesan dengan lakonan hebat Shukri Yahaya adalah isterinya sendiri.
Isteri pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mengakui mempunyai perasaan cemburu apabila melihat adegan romantik yang dilakukannya suaminya bersama perempuan lain.
Justeru itu, Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 29, berkata, dia mengelak daripada menonton drama-drama lakonan Shukri yang ditayangkan di televisyen.
” Ya, jujur la ni. Cemburu je sebab saya bukan robot. Manusia biasa je kan, ada perasaan.
” Tapi macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak tengok cerita suami saya. Saya elak je la daripada mata pandangan saya,” katanya.
Tya memberikan kenyataan itu susulan menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan kepadanya menerusi sesi soal jawab di laman Instagram, baru-baru ini.
” “Jujurlah takkan Tya tak cemburu Shukri berlakon sweet pegang dengan perempuan lain?” tanya netizen tersebut.
Tya turut bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa profesional apabila melibatkan hal berkaitan kerjaya dan urusan peribadinya.
“Suami saya pun seorang yang profesional. Dia tahu mana kerja, mana kehidupan sebenar. Mana rakan kerja, mana bini.
” Yang anda tengok dekat tv sweet-sweet tu cuba fikir balik belakang tabir tu berapa puluh orang tengok dekat sekeliling,” katanya lagi.
Tya yang sebelum ini juga merupakan seorang pelakon sambilan mendirikan rumah tangga dengan Shukri, 33, pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena, 5, dan Maleeq Miqayl yang kini berusia tujuh bulan.
Fakta menarik Tya Adnan
Tapi, mesti anda tertanya-tanya siapa Tya Adnan ini selain dari isteri kepada pelakon kacak iaitu Shukri Yahaya.
Selepas berkahwin, figura cantik ini mengambil keputusan untuk berundur dari dunia lakonan demi menguruskan hal ehwal rumah tangga serta bisnes onlinenya.
Untuk rekod, Tya Adnan banyak membintangi filem berbanding drama mahupun telefilem. Antara filem-filem lakonannya seperti Ular, Sunti dan Karak
Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati, Shukri Yahaya pada 20 November 2015 selepas mengikat tali pertunangan pada 11 Januari 2013.
Hasil perkahwinan berkenaaan, pasangan serasi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaira Ameena yang lahir pada 20 Ogos 2016.
Mula menjalinkan hubungan cinta pada 10 Februari 2010 setelah berkenalan di set pengambaran filem Ular.
Duta kepada produk Ammum Materna.
Menjalankan bisnes atas talian dengan menjual teh detoks di bawah jenama Limitoxless bersama suaminya.
Shukri menyifatkan isterinya sebagai pasangan paling tepat memandang Tya sentiasa bersamanya di saat sukar mahupun senang.
Pernah ditahan di h0sp1tal swasta apabila disahkan dij4ngk1ti v1rus leptospirosis atau kencing tikus.
Mempunyai lebih 788k pengikut di Instagram miliknya.
Sumber:mstar dan azhan.co
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MalaysiaTimes