Susu badan bertukar kehijauan selepas dij4ngk1iti Cov1d-19, tapi ini tetap dilakukan oleh ibu

BANDAR RAYA MEXICO – Susu badan seorang wanita di Mexico berubah warna menjadi kehijauan, dipercayai akibat j4ngk1tan w4b4k c0v1d-19, lapor akhbar Daily Star.

Anna Cortez dari bandar Monterrey berkata, dia bukanlah satu-satunya wanita yang me­ngalami perkara tersebut.

“Ramai ibu yang menyedari susu badan mereka berubah warna dan saya telah bercakap dengan sebilangan mereka.

“Apa dialami mereka adalah jatuh s4kit seperti saya. Kemudian susu badan mereka menjadi kehijauan. Begitu juga saya.

“Bagaimanapun, kami terus menyusukan bayi masing-ma­sing,” katanya kepada akhbar Mirror.

Menurut Anna, beberapa pengamal pediatrik memberitahunya bahawa perkara itu normal sekiranya seorang wanita sedang s4kit.

Jika bayi mereka pula s4kit, susu badan berubah warna selari dengan antibodi dihasilkan.

“Namun, saya perlu terus menyusukan anak kerana ia perkara terbaik untuk bayi. Susu ibu membekalkan semua zat dan keperluan bagi melawan peny4­kit,” katanya.

Cortez dan anak perempuannya, Mikayla yang berusia empat bulan disahkan positif c0v1d-19 pada bulan lalu.

*gambar sekadar hiasan

WHO nasihati ibu positif c0v1d-19 teruskan penyusuan

 

GENEVA: Golongan ibu yang dij4ngk1ti c0v1d-19 boleh terus meneruskan penyusuan dan tidak diasingkan daripada bayi mereka, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

WHO berkata, manfaat daripada susu ibu adalah melebihi daripada risiko tersebarnya j4ngk1tan w4b4k berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang media maya memaklumkan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menjalankan penyelidikan menyeluruh mengenai risiko penyebaran j4ngk1tan c0v1d-19 melalui amalan penyusuan.

“Kita tahu golongan kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk dij4ngk1ti c0v1d-19, tetapi berdepan risiko tinggi terhadap pelbagai peny4kit lain dan keadaan yang menghalang penyusuan.

“Berdasarkan bukti yang ada, WHO menegaskan manfaat daripada penyusuan susu ibu lebih tinggi daripada risiko tersebarnya c0v1d-19,” katanya.

Tedrod berkata, justeru itu, penyusuan susu ibu wajar diteruskan kecuali bagi ibu yang keadaan kesihatannya kritikal.

Sementara itu, Penasihat Kanan bagi Kesihatan Reproduktif dan Penyelidikan, WHO, berkata setakat ini v1rus yang menyebabkan j4ngk1tan w4b4k itu tidak dijumpai dalam susu ibu

Ibu Yang Dij4ngk1ti c0v1d-19 Boleh Meneruskan Penyusuan Susu Badan – WHO

Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan, salah satu kebaikan penyusuan susu ibu adalah must4h1l untuk menyebarkan coronav1rus kepada bayi mereka

Menurut pakar tersebut, ibu yang baru bersalin tetapi dij4ngk1ti dengan c0v1d-19 pada amnya harus meneruskan penyusuan dan tidak boleh dipisahkan dengan bayi mereka serta menekan manfaatnya berbanding risiko yang boleh berlaku.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan bahawa pihaknya telah menyelidik dengan teliti risiko wanita yang menyebarkan c0v1d-19 kepada bayi mereka semasa menyusu badan.

“Kami tahu bahawa kanak-kanak berisiko rendah untuk dij4ngk1ti c0v1d- 19, tetapi mereka mungkin berisiko dengan peyakit lain jika tidak diberikan penyusuan badan,” kata Tedros pada sidang akhbar.

Maksudnya di sini, berdasarkan bukti yang ada, WHO mendapati manfaat penyusuan susu ibu melebihi risiko penul4ran c0v1d-19.

“Oleh demikian, kami membuat keputusan bahawa ibu dengan c0v1d-19 masih boleh meneruskan penyusuan dan tidak dipisahkan dengan bayi mereka kecuali jika ibu benar-benar tidak sihat,” kataya.

Pihaknya menambah, setakat ini WHO tidak mengesan v1rus hidup di dalam susu ibu jadi risiko penul4ran dari ibu kepada anak belum dapat dipastikan lagi.

Kebaikan penyusuan susu ibu

Ibu tentunya paling teruja bila nak buat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi. Malah momen ini adalah sesuatu yang menggembirakan terutama semasa penyusuan yang mana banyak kebaikan penyusuan susu ibu ini pada bayi baru lahir.

Bagi mendapatkan kebaikannya, ibu digalakkan memberi anak sepenuhnya susu badan hingga umurnya enam bulan dan meneruskannya sehingga bayi berumur dua tahun.

Pemberian susu ibu ini bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain dari susu ibu itu sendiri.

– Susu badan mengandungi kadar nutrien yang mencukupi bagi bayi.

– Kandungan susu ibu akan berubah selari dengan keperluan bayi yang sedang membesar itu.

– Susu ibu mengandungi kolostrum yang mana berfungsi untuk menguatkan sistem imuniti badan anak. Malah ia turut melindungi bayi dari j4ngk1tan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

– Selain daripada itu, susu ibu juga dapat mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik.

– Lebih menarik lagi, susu ibu turut mengandungi nutrien untuk perkembangan otak anak dan meningkatkan kecerdikan anak.

– Susu ibu tidak mudah tercemar jika dibandingkan dengan penyusuan lain seperti formula.

– Susu badan juga memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi dan memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya serta meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak tersebut.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  Kosmo