Ditegur Pakaian Tidak Sopan Depan Al-Quran, Ini Reaksi Reen Rahim

Pelakon Reen Rahim kerap memuat naik video-video bersama dengan ahli keluarganya di Instagram.

Antara yang menjadi perhatian adalah sikap tegas ibunya ketika mengajar mengaji di rumah.

Pada 14 Februari 2021, Reen telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Melalui caption:-

“Tolong slide sampai abis gambar ni,Syukur Ramai yg tegur maknenye dorg sayg. Reen mintak maaf semua”

Hantaran itu memberitahu tentang teguran yang diterima Reen, setelah video yang dimuat naik di YouTube beliau menampakkan dirinya yang dianggap berpakaian tidak sopan ketika berada di depan Al-Quran.

Melalui perbualan di aplikasi WhatsApp itu, teguran tersebut diterima daripada bapa saudara Reen.

Dalam pada itu, ibu kepada Reen juga mempunyai pandangan yang sama mengenai perkara berkenaan.

Ibu beliau juga menasihatkan supaya Reen mengambil berat akan perkara itu supaya tidak dimurkai Allah dan menekankan supaya menjaga adab dengan Al-Quran.

Sementara itu, Reen juga telah memohon maaf kerana terlepas pandang tentang perkara tersebut.

Menurut beliau, video yang dimuat naik sebelum ini telah dipadam untuk disunting semula.

Penerimaan Reen terhadap teguran ini wajar dipuji kerana beliau terbuka untuk menerima nasihat yang diberikan kepadanya.

Tindakan Reen ini juga dipuji ramai di ruangan komen.

 

Semoga selepas ini Reen akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang kandungan di laman sosial mahupun di YouTube.

 

Sumber: Instagram Reen Rahim

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HotFM