Ramai Terkeejut! Riena Diana Men4ngis Dalam ‘Live’ Kerana Wanita Ini

Pelakon remaja wanita popular, Riena Diana mengejutkan peminat baru-baru ini apabila dia dilihat secara tiba-tiba mengalirkan air mata.

Riena seb4k 

Kejadian itu disaksikan oleh ribuan peminat yang menonton secara langsung di Instagram TV (IGTV). Pada malam Khamis lalu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal, 24 gagal menahan seb4k ketika mendengar pendedahan eksklusif yang dibuat oleh pengasas produk kesihatan C-MARY, Puan Siti Mariam yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Difahamkan, Riena telah mengadakan segmen perkongsian pelbagai kisah bersama mereka yang terpilih pada setiap minggu bermula dengan kisah wanita OKU ini. Dalam sesi tersebut, Riena dilihat beberapa kali mengelap air mata nya.

Ketika dihubungi, menurut pelakon drama Kampung People ini dia akui secara tiba-tiba menjadi seb4k kerana kisah tersebut telah menyentuh hatinya.

“Kita sama-sama berkongsi rezeki, yang mana saya boleh tolong, saya akan cuba tolong mereka”

“Orang yang nampak kecil ini, mereka sebenarnya kuat semangat. Apa yang Kak Siti kongsikan menyentuh perasaan kita. Bila dengar pun, autom4tik kita akan rasa ‘Ya Allah bersyukurnya apa yang aku ada sekarang’”

“Contohnya macam saya sendiri. Beberapa hari lepas menangis kerana risau dengan kehidupan serta terpaksa bekerja keras. Tetapi apa-apa pun sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita”

“Jangan sesekali mengeluh kerana mereka lebih susah daripada kita sebagai contoh kisah Kak Siti tetapi dia tetap kuat” katanya kepada Murai.my

Mahu Kongsi Platform Pada Yang Memerlvk4n

Tambah Riena lagi, melihatkan ramai orang di luar sana mengalami kesempitan hidup dan bersusah payah mencari rezeki,membuatkan dia terinspirasi untuk mengadakan segmen tersebut pada setiap minggu. Bukan hanya membantu mereka, malah secara tidak langsung akan memberi kesedaran buat dirinya yang kini sedang mengusahakan perniagaan laksa secara kecil-kecilan.

Menerusi laman Twitter pula, terdapat perkongsian yang mendapat ratusan ulang kicau (Retweet) daripada pengguna yang memuji sikap prihatin pelakon ini yang sudi meluangkan masa dan berkongsi platform untuk membantu mereka yang memerlvk4n

“Terima kasih kepada Kak Siti kerana sudi berkongsi mengenai kehidupannya . Kita sama-sama tolong tanpa mengira siapa pun kita. Macam saya, mungkin pengikut saya ramai dan itulah rezeki saya. Saya cuba kongsikan segala apa yang boleh. Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan semangat buat semua orang terutama mereka yang menjalankan perniagaan”

“Jangan putus asa.Walau apa jadi sekali pun kita mesti teruskan dan pesanan ini juga dititipkan buat diri saya” tambahnya lagi

Mahu Bantu OKU Lain

Bagi Siti pula,berkongsi pengalaman hidupnya buat pertama kali membuatkan dia berasa terharu kerana diberi peluang untuk bersiaran langsung bersama Riena.

Enggan menjaja kisah pahitnya terdahulu untuk meraih simpati, sebaliknya bagi ibu kepada dua cahaya mata ini dia ingin menunjukkan bahawa OKU sepertinya juga mampu berjaya tanpa perlu berputus asa.

“Saya orang biasa, tak tahu apa-apa sangat mengenai sosial media tiba-tiba dipelawa oleh selebriti popular seperti Riena untuk berkongsi kisah hidup, saya rasa bersyukur dan terharu sangat”

“Saya sebenarnya merupakan pemegang kad OKU kerana ins1den tergelincir pada Januari 2012 sewaktu pulang dari bekerja membuatkan saya tidak mampu berjalan seperti biasa. Ketika itulah, bermula titik hitam dalam kehidupan saya apabila doktor mengesahkan urat kaki saya putus”

“Saya sendiri tidak menyangka akan diuji sedemikian. Bayangkanlah kesan daripada ins1den itu dan saya tidak mampu berjalan seperti biasa” kata Siti

Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak tertanggung, Siti nekad untuk mencari penawar peny4kitnya sehinggalah tampil dengan produk sendiri.

“Saya akui sudah berhabis ribuan ringgit untuk sembuh tetapi saya tidak mengalah. Sehinggalah saya berjaya menemui ‘supplement’ yang membantu saya kembali berjalan seperti normal, saya nekad untuk mengeluarkan produk sendiri dan berharap untuk membantu orang ramai untuk kembali sihat seperti saya” dedahnya

Menjadikan dirinya sebagai testimoni yang berjaya, Siti juga mendoakan agar lebih ramai golongan OKU diluar sana untuk berjaya dalam bidang masing-masing dan buktikan pada orang ramai bahawa kekurangan pada diri bukanlah satu batasan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my