Sebaik Saja Suami Men1ngg4I, Adik-beradik Suami Sama Naik Tuntut Harta, Isteri Pula Yang Makan Hati Selamanya

seb4knya, membaca kisah benar yang dikongsikan ibu tunggal ini. Bila mana suami meninggaI dunia, adik-beradik suami mula menuntut haknya. Tinggallah isteri, sendirian berju4ng akan haknya. Yang mana, semua itu tak perlu pun terjadi kalau suami dah siap-siap sediakan untuk ahli keluarganya.

Pesanan yang disampaikan Puan Marliya Ramli ini banyak benarnya. Janganlah biar isteri derlta selama-lamanya. Semoga boleh ambil ikhtibar dari perjalanan hidup yang memilvk4n ini.

DERlTA SELAMA-LAMANYA

Tuan-tuan ambillah sedikit masa. Semak bersama-sama… Berapa jumlah simpanan yang isteri tuan-tuan ada?

Berapa banyak yang isteri tuan-tuan mampu jana pendapatan keluarga? Andai tuan-tuan tiada, isteri mampu urus segala?

Andai Tuan-tuan men1ngg4l dunia, apa yang dihibahkan pada isteri jelita? Berapa banyak jumlah wang dan emas simpanan yang tuan-tuan sedia agihkan?

Anak-anak tuan-tuan akan ada tempat tinggal? Isteri tuan-tuan punya hati kental yang sanggup bertahan? Berapa lama?

Saya 16 tahun bekerjaya sebagai HR ya tuan-tuan… Saya dah tengok abang kakak dan adik beradik yang tuan-tuan sanjung anggap baik segala, merekalah bakal jadi si celaka yang menyusahkan.

Adik-beradik Pun Sama Sibuk Hitung Harta..

Merekalah yang sibuk menghitung harta pusaka dan insuran syarikat yang tuan-tuan tinggalkan. Tuan-tuan masih hidup segalanya baik belaka. Tuan-tuan men1ngg4l esok, anak isteri tuan-tuan merempat tak apa… Yang penting mereka mahu bahagiannya.

Haloba manusia tak kenal sesiapa. Baik ibu bapa tuan-tuan atau saudara mara. Selagi bernafas dan punya nyawa, pandanglah wajah anak isteri tuan-tuan. Tuan-tuan jangan tunggang agama berserah pada takdir semata-mata. Selagi jasad menghirup udara, ambil lah langkah berjaga-jaga.

Sumber/Foto : Marliya Ramli 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.ohmypress.com